Pelanggan kecewa... Pesan nasi, tomyam dan telur dadar tapi satu menu pun tak boleh makan!
HATI siapa tak sakit bila rasa dan kualiti makanan yang dipesan tidak seperti apa yang diharapkan.
Sudahlah pelanggan hilang selera, terpaksa juga membayar bil makanan yang dipesan walaupun sajian diterima tidak setimpal harga dibayar.
Itulah pengalaman seorang pelanggan yang meluahkan rasa kecewa terhadap kualiti makanan di sebuah restoran tomyam yang terletak di utara tanah air.
Dalam hantaran yang dikongsikan dalam Threads, pelanggan tersebut mendakwa tomyam campur yang dipesan berbau hanyir, selain turut menemui serangga di dalamnya.

"Semalam aku pergi makan kat satu kedai. Perghh! tomyam campur dia (sotong, udang dan ayam semuanya hanyir busuk macam dah lama).
"Lepas tu tomyam dia siap ada binatang (serangga) lagi dalam tu," kongsinya.
Selain tomyam yang didakwa berbau, dia turut berkongsi bahawa nasi yang dimakan masih mentah, selain telur dadar sangat berminyak.
"Nasi mentah, memang kami makan tak habis. Lepas tu telur dadar boleh tengok sendiri dengan berminyak.
"Makan ini sahaja jumlahnya RM41!" tulisnya kecewa.
MENARIK DIBACA: Ayam goreng, telur rebus 'bergabung' dalam periuk! Lauk acar ini diakui enak, istimewa
MENARIK DIBACA: Orang Itali sangat benci dengan piza 'topping' nanas, ini 3 sebabnya!
Dalam hantaran sama, pelanggan itu mendakwa turut menyaksikan pelanggan lain mengadu mengenai jus orennya yang dikatakan seperti air kosong.
Pelanggan tersebut kemudian meminta pihak kedai merasa sendiri minuman tersebut, sebelum seorang staf menukarnya dengan minuman lain selepas menyedari masalah berlaku.
"Masa aku tengah makan, ada seorang pelanggan perempuan datang marah-marah. Pelanggan tu mengadu air fresh orange rasa air kosong.
"Akhir sekali staf buat air lain kot," katanya.

Perkongsian tersebut mendapat perhatian pelanggan yang rata-ratanya mendakwa pernah berdepan masalah serupa.
"Awal-awal buka dulu sedap, tapi sekarang teruk gila. Pergi makan baru-baru ini pesan nasi goreng, nasi goreng dia sejuk.
"Kedai ni dah kena dengan KKM sebab kotor. Walaupun dekat dengan rumah, saya pernah pergi sekali sahaja. Lepas tu tak pergi dah.
"Kedai ni saya pernah pergi dua kali, pergi kali pertama tak sedap, nak pastikan saya pergi kali kedua pun tak sedap. Memang tak pergi dah lepas ni," antara komen netizen.