Tak hormat makanan! Tindakan wanita heret kaki lembu korban, lapah dalam tandas dianggap jijik
SATU hantaran video di laman Threads memaparkan seorang wanita melapah daging korban di dalam tandas rumahnya mengundang kecaman netizen yang jijik melihat tindakan itu.
Wanita itu dilihat mengheret potongan kaki lembu korban dari tempat penyembelihan masuk ke dalam tandas tanpa sebarang alas sebelum ia dipotong dan dicuci.
Tindakan wanita itu mengundang kecaman netizen yang mempersoalkan tahap kebersihan serta cara daging korban dikendalikan.
Walaupun terdapat kemungkinan tindakan tersebut sekadar 'content' yang dirancang untuk media sosial namun ia tetap tidak boleh diterima akal.

"Akak kenapa tak letak alas dulu dalam bilik air tu? Tengok pun rasa geli," luah seorang netizen terhadap kejadian itu dipercayai berlaku di Indonesia.
Malah ada yang berpendapat lantai tandas bukan tempat sesuai untuk menguruskan daging mentah kerana dikhuatiri tercemar dengan bakteria.
"Sudu letak dalam singki pun dah rasa kotor, inikan pula daging mentah atas lantai tandas. Sekurang-kurangnya letaklah alas.
MENARIK DIBACA: Elak buat 5 kesilapan biasa ini sebelum, semasa dan selepas sembelih haiwan korban
MENARIK DIBACA: Pulut hitam jadi skrub, usahawan 'angkat' tradisi bakal pengantin kaum Kaili
"Tandas memang tempat bakteria berkumpul, lepas tu letak pula daging mentah di lantai. Memang tak tahu nak cakap apa dah," antara komen warganet.
Tidak kurang juga yang menegur cara wanita itu mengendalikan daging korban kerana dianggap tidak menghormati makanan.

"Maaf cakap tapi cara kendali daging korban macam tu memang tak sesuai. Tak diajar cara menjaga makanan ke?" ujar seorang lagi netizen.
Terdapat juga sebahagain individu yang berkongsi pengalaman tinggal di rumah dan dapur sempit namun tetap memastikan kebersihan makanan dijaga sebaik mungkin.
"Rumah saya pun belum ada dapur, jadi kadang-kadang memang terpaksa cuci pinggan atau makanan dalam bilik air.
"Tapi saya tetap guna papan pemotong kayu dan lapik plastik supaya daging tak terkena lantai secara langsung walaupun lantai dibersihkan setiap hari, saya sendiri masih rasa geli kalau makanan sentuh lantai," luahnya.