info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Viral

Anak muntah, pelanggan pengotor tukar pakaian atas meja makan... Lampin buang bawah kerusi

Lead Image

SEORANG pekerja restoran meluahkan pengalaman kurang menyenangkan di laman Threads  selepas berdepan sikap pelangggan yang tidak bertanggungjawab ketika makan di premis tempat dia bekerja.

Menurutnya, keluarga seramai lapan orang termasuk kanak-kanak dan bayi itu meninggalkan meja dalam keadaan sangat bersepah selepas selesai makan.

Ketika makan, bayi mereka muntah di atas kerusi namun ibunya hanya membersihkannya secara ala kadar sahaja.

Wanita tersebut turut didakwa menukar lampin dan pakaian bayi di meja makan bukan di tandas seperti sepatutnya. 

Keadaan meja dan lantai dikatakan sangat bersepah dan kotor.

Selepas mereka beredar, pekerja restoran itu terkejut apabila mendapati bungkusan plastik di bawah kerusi bayi mengandungi lampin pakai buang yang telah digunakan, selain sisa makanan dan sampah yang bertaburan.

"Makan memang bersepah gila biasalah budak-budak lagi. Lepas kutip semua sisa makanan apa semua, aku nampak plastik dekat bawah kerusi bayi tu.

"Jadi aku buka plastik tu sebab nak senang letak semua sisa dalam tu sekali tapi bila aku buka je terus terkejut gila!" tulisnya.

MENARIK DIBACA: Risau ibadat tak sah, wanita bawa baldi ke pasar elak najis bahan basah - "Duit baki pun boleh kena darah"

MENARIK DIBACA: Rahsia orang dulu masak sedap lain macam! Kena sabar, guna petua pecah minyak 3–4 kali

Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi netizen dengan rata-rata meluahkan rasa marah dengan sikap pelanggan pengotor serta tiada ‘common sense’.

"Ni bukan kurang ajar tapi tahap pengotor. Saya kalau pergi rumah 'parent' atau rumah nenek, mandi atau tukar lampin pakai buang anak tu saya bungkus dalam plastik dan buang dekat tong sampah luar. Ni pula kalau dekat kedai makan," komen salah seorang netizen.

Antara komen di laman Threads.

Seorang lagi turut berkongsi pengalaman berdepan pelanggan yang menukar lampin bayi di atas meja makan sebelum meninggalkannya begitu sahaja.

"Pernah je hadap pelanggan kurang 'common sense' dan kebersihan ni, memamg suka hati tukar lampin atas meja makan dan tinggalkan.

"Belum cerita makan macam tak ada bibir, pasta dengan kek melecet-lecet dekat lantai," katanya.

Sebahagian netizen pula mengakui mereka akan memastikan meja dibersihkan terlebih dahulu sebelum beredar sebagai tanda menghormati pekerja restoran.

"Weh aku kalau bawa anak makan dekat luar, jatuh dua tiga butir nasi pun aku kutip ambil tisu siap lapkan meja bersih-bersih sebelum bangun, susun pinggan yang kami makan elok-elok supaya memudahkan staf nak angkat.

"Suami aku selalu usik cakap aku ni dah macam staf yang keja kedai makan, ayooo ada ke manusia pengotor macam ni," luah salah seorang warganet.

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Dunia

Tak hormat makanan! Tindakan wanita heret kaki lembu korban, lapah dalam tandas dianggap jijik

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Viral

'Auto reply' restoran terlebih mesra dianggap tak profesional, suami risau isteri salah faham

Terhangat