"Supervisor acah bagus" - Pelanggan kafe bengang permintaan basuh 'tumbler' tak dilayan
KONSEP 'pelanggan adalah raja' atau 'pelanggan sentiasa betul' memang tidak boleh diaplikasikan sesuka hati.
Ada pelanggan menyalahgunakan konsep tersebut sehingga menganggap staf perlu memenuhi semua permintaan mereka walaupun di luar skop kerja.
Perkara itu turut diluahkan seorang netizen yang menyuarakan rasa kurang senang terhadap sikap pelanggan yang merasakan diri mereka perlu dilayan sepenuhnya oleh pekerja.
Rasa kurang senang itu disuarakan sambil berkongsi tangkap layar hantaran seorang pengguna lain yang tidak puas hati apabila pekerja sebuah premis kopi enggan membasuh bekas air (tumbler) miliknya.

Menurut individu itu, tindakan pelanggan berkenaan meminta staf mencuci bekas airnya disifatkan keterlaluan.
“Suruh staf basuhkan tumbler sendiri? Dah kenapa? Mana ada SOP kedai yang kita pergi tu kena basuhkan tumbler customer?
“Melampau betul. Selalu dengan staf diaorang kesiankan kau, staf malas nak bertekak. Kali ni kena dengan supervisor baru kau tau. #customerdarineraka,” tulisnya dalam hantaran di Threads.
Sebelum ini, tular di media sosial seorang pelanggan sebuah kafe meluahkan rasa tidak puas hati selepas penyelia kafe enggan membasuh botol air miliknya.
MENARIK DIBACA: Tertekan kena marah sebab lembab, pekerja restoran segera ‘kantoi’ ludah burger pelanggan
MENARIK DIBACA: Bekas staf buat onar 'refund' pembelian mac and cheese! Lebih RM300,000 masuk akaun sendiri
Menurut individu itu, dia sebelum ini pernah meminta bantuan pekerja lain untuk mencuci botol dan mendakwa pekerja di kafe sama melayan permintaannya dengan baik.
“Kalau rushing coffee dah habis minta tolong staf basuhkan tumbler. Staf outlet ni okay dah friendly.
“Mai hari ni aku masuk, tak busy pun outlet. Nak jadikan cerita terkena dengan supervisor siap sound tak boleh basuh ye tumbler.
“Aku sebut 'maaf' dah tolong, kau pula terpaling supervisor acah-acah nak tunjuk paling bagus!” tulisnya.

Perkongsian itu dipercayai dibuat dengan harapan mendapat sokongan netizen, namun situasi sebaliknya berlaku apabila ramai tampil mengecam tindakannya.
Rata-rata netizen menyifatkan sikap pelanggan tersebut sebagai tidak bertimbang rasa selain suka megharapkan orang lain membuatkan kerja untuk dirinya.
“It’s called common sense, basuh tumbler sendiri siap-siap. Kalau tak ada sabun atau tengah rushing sekalipun, bilas saja dengan air.
“Kau yang jadi pelanggan tak bertimbang rasa, lepas tu nak pusing cari salah orang pula,” komen beberapa netizen.