Bekas staf buat onar 'refund' pembelian mac and cheese! Lebih RM300,000 masuk akaun sendiri
TINDAKAN licik seorang bekas pekerja restoran makanan segera akhirnya 'makan diri' apabila kegiatan penipuan dengan melakukan ratusan transaksi pemulangan wang (refund) secara tidak sah terbongkar.
Memetik laporan media, pemuda berusia 23 tahun dikenali sebagai Keyshun Jones didakwa memproses refund sebanyak 800 hidangan 'mac and cheese' ke kad kredit miliknya sendiri.
Kejadian pada 28 November lalu itu turut dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV), memaparkan suspek berdiri di kaunter juruwang restoran tempat dia pernah berkerja.

Dalam rakaman tersebut, Jones dilihat tidak mengenakan seragam kerja dan dipercayai datang ke premis berkenaan beberapa hari selepas dipecat.
Dia kemudian menggunakan mesin juruwang untuk memasukkan pesanan 'mac and cheese' sebelum terus memproses pemulangan wang masuk ke kad kredit miliknya.
Hasil perbuatan tidak bertanggungjawab itu, jumlah transaksi yang dilakukan mencecah RM316,240 (AS$80,000).
Kegiatan itu bagaimanapun berjaya dihidu syarikat sebelum laporan dibuat kepada pihak berkuasa.
MENARIK DIBACA: Santan segar pekat semacam, pembeli syak campur tepung! Hasil 'uji kaji' mengecewakan
MENARIK DIBACA: Beli laksam, dapat mi chee cheong fun! Pembeli kena tipu hidup-hidup
Polis kemudian menjalankan siasatan lanjut, namun Jones dilaporkan sempat mengelak daripada ditahan dalam tempoh tertentu.
Bagaimanapun, dia akhirnya berjaya diberkas pada 17 April 2026.
Kini, Jones berdepan beberapa pertuduhan serius termasuk mencuri harta, pengubahan wang haram serta cubaan mengelak daripada ditahan.