KUALI | Trending

Santan segar pekat semacam, pembeli syak campur tepung! Hasil 'uji kaji' mengecewakan

Lead Image

TIDAK dinafikan ada peniaga bahan masakan yang tergamak menipu semata-mata mahu meraih keuntungan berganda.

Kesan buruknya sudah tentulah dihadapi oleh pelanggan apabila bahan yang dibeli tidak berkualiti dan menjejaskan hasil masakan.

Menerusi perkongsian di platform Threads, seorang wanita meluahkan rasa kecewa apabila mendapati santan segar yang dibeli dipercayai dicampur tepung bagi menambahkan kepekatannya.

Menurutnya, tekstur santan tersebut sangat berbeza berbanding kebiasaan, malah menyerupai gula-gula getah dan sukar untuk dilarutkan.

Perkongsian itu meraih perhatian ramai.

“Saya guna kali ni memang macam ‘gum’ teksturnya. Sebelum ni tak selikat macam ni. Ni saya cuba goreng keluar benang-benang coklat. Siap lambat larut lagi santannya,” kongsinya.

Tambah wanita itu lagi, selepas mendapatkan pandangan daripada seorang netizen, dia cuba memasak santan berkenaan untuk mendapatkan tahi minyak, namun hasilnya mengecewakan apabila santan tersebut tidak menghasilkan minyak seperti kebiasaan.

“Ni dah hampir dua jam nak buat tahi minyak tak jadi garing pun. Dapat minyaknya pun sikit,” ujarnya.

MENARIK DIBACA: Tak sangka santan boleh jadi syampu... Bantu lebatkan rambut, atasi masalah gugur

MENARIK DIBACA: Kesilapan biasa simpan santan kotak selepas dibuka, ada cara elak ia cepat masam

Dalam pada itu, wanita berkenaan memaklumkan dia sudah lama mendapatkan bekalan santan daripada peniaga tersebut tetapi sebelum ini tidak pernah berdepan masalah kualiti.

Bagaimanapun, dia tidak menolak kemungkinan kenaikan harga barang menjadi faktor segelintir peniaga mengambil jalan mudah, namun tetap berharap kejujuran dalam berniaga jadi keutamaan.

“Saya selalu guna santan pembekal ni hampir setahun. Sebulan anggaran 60kg hingga 100kg saya ambil dengan mereka.

“Kalau naik harga beritahu saja, demi kualiti yang bagus. Tapi kali ni dah lain, agak kecewa,” katanya lagi.

Komen netizen di media sosial.

Di ruangan komen, rata-rata netizen turut kecewa dengan sikap tidak jujur peniaga terbabit, malah menyarankan supaya wanita itu mencari pembekal lain yang lebih dipercayai.

“Wow, cekodok santan siap bancuh tinggal goreng.”

“Lain kali pergi tengok sendiri mereka proses. Saya memang dari dulu beli santan 'fresh', buat banyak plastik dan simpan beku.

“Akak duduk area mana, beli santan 'fresh' dengan saya saja,” antara komen netizen.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Trending

Gigih 'kecek Kelate' di kedai Kelantan sebab nak harga murah... 'Khopeh' ayam jadi 'kopek'!

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Trending

Beli nasi lemak, dapat ayam sambal berulat - "Tak beritahu pun ada tambahan protein"

Terhangat