KUALI | Trending

Gigih 'kecek Kelate' di kedai Kelantan sebab nak harga murah... 'Khopeh' ayam jadi 'kopek'!

Lead Image

PERNAH tak anda perasan, bila makan di gerai atau restoran yang pemiliknya orang Pantai Timur terutamanya Kelantan, tiba-tiba ramai jadi ‘fasih’ dialek Kelate?

Padahal sebelum ni cakap biasa je, tapi bila nak pesan makanan, terus kecek (cakap) Kelate.

Semua ini berpunca kerana ramai percaya kononnya kalau ‘kecek Kelate’, harga makanan boleh jadi lebih murah dan menerima layanan lebih mesra.

Perkongsia lelaki tersebut di laman Threads.

Disebabkan itulah, ada pelanggan yang tak pandai cakap Kelantan pun sanggup cuba juga semata-mata mahu mendapatkan 'keistimewaan' sama.

Tapi kadang-kadang, cubaan itu bertukar menjadi kelakar, apabila sebutan 'lari' jauh sampai maksud pun dah lain.

Seorang pengguna Threads berkongsi kisah dirinya yang terhibur melihat gelagat seorang pelanggan ketika beratur membeli makanan di sebuah kedai masakan Kelantan.

MENARIK DIBACA: Kuah pekat, aroma rempah bikin perut berbunyi! Berbaloi masak sendiri gulai ayam Kelantan

'MENARIK DIBACA: Dari Kelantan ke London... Jual nasi kerabu di taman, pendapatan lelaki ini cecah RM2 juta setahun

“Siapalah yang mula memitoskan untuk ‘kecek Kelate’ kalau beli makanan di kedai Kelantan nak elak kena 'ketuk' harga.

“Tak pasal-pasal kakak depan aku ni order ‘nok kopek aye jugok.’ Khopeh kak, khopeh. Bukey kopek,” tulisnya.

Bagi mereka yang tidak tahu dialek Kelatan, ‘khopeh ayam’ merujuk kepada bahagian ayam yang kurang isi seperti kaki, leher, sayap dan organ dalaman.

Rata-rata netizen turut sama terhibur dengan situasi tersebut.

Manakala perkataan 'kopek' pula membawa maksud buah dada dalam loghat negeri tersebut.

Di ruangan komen, ramai netizen turut terhibur dengan situasi tersebut malah ada yang siap berseloroh minta peniaga caj lebih mahal kepada pelanggan yang ‘berlakon’ jadi orang Kelantan.

"Kalau brigak (kantoi) gini, keno 'charge' mahal lagi. Cubaan menipu dan mengelirukan.

“Padahal realitinya tak macam tu pun. Cakap Kelate ke tak, harga tetap sama,” antara komen netizen

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Viral

Jarang berlaku di Rembayung! Bella Astilah, Syed Saddiq diserbu... Pelanggan dah 'tak nampak' KA

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Trending

Santan segar pekat semacam, pembeli syak campur tepung! Hasil 'uji kaji' mengecewakan

Terhangat