Nampaknya kena amal minum air roselle, tinggi antioksidan rahsia wajah awet muda
PERNAH rasa kemanisan buah roselle sama ada dalam bentuk minuman jus, jem atau dimakan begitu sahaja?
Roselle atau dalam bahasa saintifiknya hibiscus sabdarifda merupakan sejenis tumbuhan daripada spesis bunga raya.
Di Malaysia, roselle juga dikenali dengan nama asam paya, asam kembung atau asam susur oleh sesetengah tempat.

Tumbuhan yang memiliki buah berbentuk bunga dengan warna merah menyala itu dikatakan berasal dari India.
Namun ada sesetengah kajian mengatakan roselle juga berasal dari Afrika Barat.
Apa-apa pun Roselle yang memiliki rasa manis semula jadi mempunyai banyak manfaat pada kesihatan terutama untuk merawat masalah kulit kerana memiliki antioksidan yang tinggi.
MENARIK DIBACA: Jangan tunggu sampai kena dialisis, belajar cara jaga buah pinggang guna 3 bahan ini
MENARIK DIBACA: Ramai tak suka sebab rasa macam lipas, daun ketumbar simpan 1,001 khasiat... Boleh bantu pesakit diabetes turunkan bacaan gula
Tidak hairanlah jika ada sesetengah pengusaha ladang menjadikan tumbuhan tersebut sebagai salah satu peluang agro pertanian kerana memiliki prospek cerah dalam pasaran.
Jom kita ketahui antara manfaat dan kelebihan buah roselle yang mungkin ramai tidak tahu.

1. Antioksidan
Roselle memiliki kandungan antioksidan yang dapat membantu menghalang radikal bebas daripada merosakkan sel dalam kulit.
Selain itu, kajian mendapati antioksidan juga boleh merawat tumor dan kanser.

2. Rawatan dalaman
Di Afrika, daun muda roselle dan bijinya dimakan kerana dipercayai mengandungi sejenis minyak yang baik untuk merawat badan secara dalaman.

3. Bantu peredaran darah
Kaliks atau kelopak buah roselle kaya dengan sumber vitamin A, C dan zat mineral.
Selain itu Roselle juga kaya dengan vitamin D, B1, B2 dan B2 kompleks yang membantu mempercepatkan peredaran darah, mengurangkan tekanan darah tinggi dan memberi kesan awet muda.

4. Antibiotik
Daun roselle mengandungi antibiotik atau asiaticoside yang berfungsi merangsang pembentukan pilid serta protein yang bagus untuk merawat kesihatan kulit.

5. Meningkatkan nafsu makan
Kandungan zat dalam roselle yang bersifat stomachic atau peransang mampu meningkatkan nafsu makan seseorang.

6. Menambah stamina
Roselle juga kaya dengan asid amino yang baik untuk meningkatkan stamina tubuh badan.
Bukan itu sahaja, roselle juga dipercayai dapat mengurangkan kesan negatif daripada nikotin untuk perokok aktif.