KUALI | Nutrisi

Bukan kismis jer cerdas minda si manja, kalau anak tak suka boleh ganti pasta dan ikan salmon

Lead Image

RAMAI ibu bapa beranggapan bahawa kismis adalah satu-satunya makanan terbaik untuk mencerdaskan minda si manja. 

Malah, ia sering dijadikan snek harian dengan harapan dapat membantu anak-anak menjadi lebih foKus dan pintar dalam pelajaran.

Namun, tanpa disedari, banyak rupanya makanan asas lain yang jauh lebih berkhasiat dan bagus untuk menyokong perkembangan otak kanak-kanak.

Menurut portal Hello Dokter, berikut adalah tujuh makanan super yang boleh membantu melahirkan anak yang bijak dan sihat dari dalam:

Kuning telur pula kaya dengan kolina iaitu sejenis nutrien penting daya ingatan kanak-kanak.

1. Telur

Telur mengandungi asid lemak EPA yang mampu merangsang fungsi otak si manja. 

Kuning telur pula kaya dengan kolina (choline), iaitu sejenis nutrien penting yang menyokong perkembangan memori dan daya ingatan kanak-kanak.

Jika salmon terlalu mahal, boleh gantikan dengan ikan lain seperti tuna atau ikan kembung,

2. Ikan salmon

Ikan berlemak seperti salmon mengandungi asid lemak Omega-3 (DHA dan EPA) yang sangat penting untuk perkembangan dan fungsi otak. 

Jika salmon terlalu mahal, anda boleh gantikan dengan ikan lain seperti tuna atau ikan kembung, yang juga mengandungi khasiat serupa.

Pasta adalah salah satu sumber karbohidrat kompleks.

3. Pasta

Pasta ialah sumber karbohidrat kompleks yang diperlukan oleh tubuh untuk menghasilkan tenaga.

Karbohidrat ini dipecahkan kepada glukosa, iaitu bahan utama untuk membekalkan tenaga kepada otak agar anak kekal fokus dan bertenaga.

Susu mengandungi protein dan vitamin B yang penting untuk si manja.

4. Susu

Selain dikenali sebagai sumber kalsium untuk tulang yang kuat, susu juga mengandungi protein dan vitamin B yang penting untuk perkembangan otak.

Ia membantu proses pembelajaran dan pertumbuhan si manja secara menyeluruh.

Vitamin E dan vitamin K pada daun bayam baik untuk fungsi kognitif.

5. Bayam

Pemakanan sayur-sayuran seperti bayam perlu dipupuk sejak kecil agar anak terbiasa mengambil makanan yang menyihatkan otak. 

Bayam mengandungi vitamin E dan vitamin K, terutamanya pada bahagian daun berwarna hijau gelap, yang baik untuk fungsi kognitif.

Nutrisi dalam kekacang membantu menyokong perkembangan otak kanak-kanak.

6. Kekacang

Kekacang seperti badam, hazel, dan walnut kaya dengan asid lemak, folat, vitamin E, dan vitamin B6.

Semua nutrien ini membantu menyokong perkembangan otak dan meningkatkan daya tumpuan kanak-kanak.

Komposisi lemak avokado sama seperti susu ibu.

7. Avokado

Avokado mengandungi komposisi lemak sihat yang hampir menyerupai susu ibu. Oleh itu, buah ini sangat sesuai dijadikan antara makanan pejal pertama yang boleh diperkenalkan kepada bayi untuk menyokong pertumbuhan otak yang sihat.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Nutrisi

Nampaknya kena amal minum air roselle, tinggi antioksidan rahsia wajah awet muda

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Nutrisi

Ada sebab sup ayam makanan terbaik ketika sakit, banyak betul kebaikannya

Terhangat