KUALI | Nutrisi

Mengidam makanan manis sebelum tidur? Ada sebab ‘dark chocolate’ pilihan terbaik

Lead Image

TIDAK dapat dinafikan, ramai orang cenderung mengambil makanan manis pada waktu malam terutamanya selepas penat menjalani rutin harian.

Namun pengambilan snek yang tinggi kandungan gula sebelum tidur boleh menggangu kesihatan termasuk berat badan dan kualiti tidur.

Berita baiknya, ada juga makanan manis tetap sihat dan sesuai dimakan waktu malam asalkan diambil dalam kuantiti sederhana.

Berikut adalah 5 pilihan makanan manis yang sihat dan mesra waktu malam:

Greek yogurt kaya dengan protein yang dicerna perlahan dan membantu rasa kenyang sepanjang malam.

1. Yogurt greek bersama madu dan buah beri

Yogurt greek adalah sumber protein tinggi dan mengandungi probiotik untuk kesihatan usus.

Tambahkan sedikit madu asli untuk rasa manis semula jadi dan buah beri seperti strawberi atau beri biru yang rendah kalori tetapi kaya antioksidan.

Ia bukan sahaja memuaskan keinginan terhadap makanan manis malah bantu sistem penghadaman.

MENARIK DIBACA: Nak sedap tumis bahan perapan sebelum lumur pada ikan, balut guna daun pisang isi tak hancur

MENARIK DIBACA:Tak payah guna serbuk perasa, tumbuk campuran bahan-bahan ini cukup buat nasi goreng bertambah sedap

Gabungan pisang dengan mentega kacang juga merupakan snek malam yang sangat baik jika diambil dalam jumlah sederhana.

2. Pisang dengan mentega kacang

Pisang mengandungi magnesium dan triptofan iaitu dua nutrien penting yang membantu tubuh menjadi lebih relaks sebelum tidur. 

Dipadankan dengan sedikit mentega kacang tanpa gula tambahan, ia memberi rasa kenyang dan lemak sihat yang baik untuk jantung.

Kurma membekalkan karbohidrat semula jadi yang memberi tenaga cepat tanpa menyebabkan peningkatan gula yang mendadak jika dimakan secara sederhana.

3. Kurma dan badam

Kurma adalah sumber gula semula jadi yang kaya dengan serat dan mineral seperti kalium dan zat besi. 

Dikombinasikan dengan badam tinggi protein dan lemak sihat, ia menjadi snek ideal untuk waktu malam yang mengenyangkan tanpa membebankan sistem pencernaan.

Biji chia tinggi akan serat larut dan protein membantu melambatkan penghadaman dan membuatkan rasa kenyang hingga pagi.

4. Puding chia

Puding chia boleh disediakan dengan mencampurkan biji chia bersama susu badam, oat atau rendah lemak dan disimpan dalam peti selama beberapa jam hingga menjadi tekstur seperti puding.

Tambahkan sedikit madu atau buah segar untuk rasa manis. Ia kaya dengan serat, omega-3 dan paling penting mengenyangkan.

Coklat gelap mengandungi antioksidan dan kurang gula berbanding coklat susu.

5. Coklat gelap (70 peratus koko ke atas)

Jika anda peminat coklat, pilihlah coklat gelap yang mengandungi sekurang-kurangnya 70 peratus koko. 

Ia mengandungi antioksidan dan kurang gula berbanding coklat susu. Ambil dalam kuantiti kecil sekeping dua sahaja untuk elakkan terlebih kalori.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Nutrisi

Awas! 5 makanan ini boleh buat anak tersedak, ibu bapa kena beri lebih perhatian

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Nutrisi

Nampaknya kena amal minum air roselle, tinggi antioksidan rahsia wajah awet muda

Terhangat