Teh putik bunga ros banyak khasiat, patut jadi minuman ‘rahsia’ kaum wanita
PERNAH tak anda cuba minum teh dari putik bunga ros atau lebih dikenali sebagai rose bud tea?
Ramai mungkin pernah nampak bunga ros kering dijual di pasaran tapi tak semua tahu khasiat luar biasanya untuk kecantikan dan kesihatan dalaman wanita.
Dengan aroma harum dan rasa lembut, teh bunga ros bukan sahaja menenangkan malah sering dikaitkan dengan pelbagai manfaat kesihatan tubuh badan.
MENARIK DIBACA : Dah berkarat tapi power! Rupanya ada rahsia masakan jadi sedap guna ‘kuali legend’
MENARIK DIBACA : Tiada stok ayam pun tak mengapa, ganti air kelapa buat pemanis sup lagi sedap
Maka tak hairanlah ia digelar 'minuman rahsia wanita' dalam beberapa petua lama.
Kalau anda tercari-cari alternatif semula jadi untuk menjaga kecantikan dan kesihatan tanpa bahan berbahaya, rose bud tea mungkin jawapannya.

1. Badan bau wangi
Aroma semula jadi bunga ros yang lembut dan menenangkan bukan sahaja menyenangkan deria bau malah dipercayai membantu menjadikan bau badan lebih harum secara semula jadi.
Apabila diamalkan secara konsisten, tubuh akan berbau lebih segar tanpa perlu semburan pewangi berlebihan.

2. Naikkan seri wajah
Rose bud tea kaya dengan antioksidan dan vitamin C yang membantu mencantikkan kulit dari dalam.
Kulit akan kelihatan lebih cerah, segar dan berseri secara semula jadi – lepas ini tak perlulah nak solekan tebal untuk tampil menawan!

3. Kurangkan bau mulut
Masalah mulut berbau boleh jadi punca rasa malu.
Rose bud tea mempunyai sifat antibakteria ringan yang membantu menyegarkan nafas dan menjaga kesihatan mulut apabila diminum secara berkala.

4. Awet muda
Antioksidan dalam rose bud tea membantu melawan radikal bebas yang menjadi punca utama penuaan kulit.
Amalan minum teh ini boleh membantu mengekalkan keanjalan kulit, mengurangkan garis halus dan menjadikan anda tampak muda lebih lama.

5. Detoks
Teh ini juga dikenali sebagai detoks semula jadi yang membantu menyingkirkan toksin dari badan.
Sistem dalaman yang bersih akan memberi kesan positif kepada kesihatan kulit dan tenaga harian.