KUALI | Nutrisi

Masam tapi jadi penyedap masakan, rupanya asam keping banyak betul kebaikan... Kawal gula dalam darah, haluskan kulit

Lead Image

ASAM keping atau juga dikenali sebagai asam gelugur sering digunakan sebagai bahan penambah rasa ke dalam masakan seperti kuah laksa, sambal, asam pedas dan masak lemak cili padi.

Sama seperti asam jawa, sifatnya yang masam secara semula jadi menjadi keunikan pada asam keping untuk memberi tambahan rasa yang lebih mengiurkan pada masakan.

Asam keping atau nama botaninya garcinia cambogia merupakan sejenis tumbuhan liar yang banyak tumbuh di negara-negara Asia, termasuk di Malaysia.

Bentuk asam keping sebelum diproses dan dikeringkan.

Bahkah, asam keping turut menjadi sumber ekonomi kerana mempunyai pasaran meluas dalam bidang masakan.

Selain manfaatnya sebagai penambah rasa pada masakan, asam keping juga mempunyai pelbagai manfaat perubatan dan juga kecantikan.

MENARIK DIBACA: Anak-anak payah telan ubat? Buah pir kukus petua redakan batuk dan sakit tekak

MENARIK DIBACA: Pencinta rangka ayam, kena cuba resipi sup korok... Juadah ‘sempoi’ tapi power!

Kali ini, Kuali kongsikan lapan manfaat dan kebaikan asam keping bukan sahaja untuk kesihatan tetapi juga kecantikan.

Kandungan ekstrak garam kalsium Acid Hydroxy Citric (HCA) dalam asam keping boleh membantu mengurangkan pembentukan lemak dalam tubuh.

1. Membantu menurunkan berat badan

Kandungan ekstrak garam kalsium Acid Hydroxy Citric (HCA) dalam asam keping boleh membantu mengurangkan pembentukan lemak dan meningkatkan rasa kenyang, sekali gus membantu mengawal berat badan berlebihan. 

Asam keping juga berupaya untuk mengawal kolesterol dalam darah.

2. Mengawal kolesterol

Asam keping boleh membantu menurunkan kadar kolesterol LDL (jahat) dan trigliserida, serta meningkatkan kolesterol HDL (baik). 

Asam keping memiliki sifat antioksidan untuk melindungi hati.

3. Menjaga fungsi  hati

Sifat antioksidan asam keping membantu melindungi hati daripada penyakit dan meningkatkan fungsinya dalam proses detoksifikasi. 

Kandungan xanthone dalam asam keping juga berpotensi mengatasi keradangan dalam badan. 

4. Mengurangkan keradangan

Senyawa xanthone juga berpotensi mengatasi keradangan dalam badan. 

Asam keping mengandungi vitamin C yang tinggi untuk melawan jangkitan dalam badan.

5. Meningkatkan sistem imunisasi

Kandungan vitamin C yang tinggi dalam asam keping membantu meningkatkan sistem imunisasi badan untuk melawan penyakit. 

Mengamalkan pengambilan asam keping mampu memulihara kulit supaya kekal awet muda dan halus.

6. Menghaluskan kulit

Asam keping bertindak sebagai bahan awet muda yang membantu menjaga keremajaan dan kehalusan kulit. 

Sifat astringen dalam asam keping membantu mengurangkan penumpukan sisa makanan pada dinding usus .

7. Melancarkan pencernaan

Sifat astringen dalam asam keping membantu mengurangkan penumpukan sisa makanan pada dinding usus sekali gus melancarkan proses pencernaan. 

Asam keping mengandungi flavonoid dan polifenol yang dapat membantu mengawal kadar gula dalam darah. 

8. Mengawal gula dalam darah

Asam keping mengandungi flavonoid dan polifenol yang dapat membantu mengawal kadar gula dalam darah. 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Nutrisi

Teh putik bunga ros banyak khasiat, patut jadi minuman ‘rahsia’ kaum wanita

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Nutrisi

Teh oolong rahsia turun berat badan dan tidur lena, rendahkan risiko diabetes

Terhangat