KUALI | Nutrisi

Memang sedap dibuat goreng sumbat sambal... Penghidap gout kena hati-hati, ikan cencaru boleh jadi ‘silent killer’

Lead Image

IKAN cencaru, sama ada dimasak kicap pedas atau dibakar sumbat, memang terkenal dengan keenakannya yang memikat selera.

Selain rasanya lazat, ikan ini juga menjadi pilihan ramai kerana harganya lebih berpatutan berbanding ikan lain.

Namun, bagi mereka yang mengalami masalah sakit sendi terutama gout perlu berhati-hati ketika makan ikan cencaru.

Tahap asid urik yang tinggi dalam cencaru boleh menyebabkan serangan gout.

1. Kandungan purin tinggi

Ikan cencaru tergolong dalam kumpulan ikan berdaging gelap yang tinggi purin (bahan semula jadi dari makanan dan sel dalam badan).

Apabila purin diuraikan dalam tubuh, ia akan menjadi asid urik. 

MENARIK DIBACA: Dah tiada rupa kalau digoreng... Ada tip mudah elak ikan melekat pada kuali, kulitnya cantik tak terkoyak

MENARIK DIBACA: Siapa kata ibu baru bersalin tak boleh makan sedap? Ini 5 menu boleh dicuba ketika berpantang 44 hari

Tahap asid urik tinggi dalam darah boleh menyebabkan serangan gout, sejenis penyakit sendi yang sangat menyakitkan. 

Ini menjadikan ikan cencaru kurang sesuai untuk pesakit yang mengalami masalah gout atau risiko gout.

Ikan cencaru yang digoreng menggunakan minyak banyak boleh menghasilkan lemak trans menyumbang kepada keradangan.

2. Boleh menyumbang keradangan

Kaedah memasak ikan cencaru selalunya melibatkan menggoreng dengan banyak minyak, menggunakan sambal pedas atau pembakaran dengan suhu tinggi. 

Ini boleh menghasilkan lemak trans, radikal bebas dan bahan pro-radang yang boleh memburukkan lagi keradangan dalam tubuh termasuk pada sendi.

Ikan cencaru yang diawet dalam bentuk ikan masin boleh membuatkan sakit sendi lebih parah.

3. Tinggi garam 

Sesetengah ikan cencaru dijual dalam bentuk ikan masin atau diawet dengan garam. 

Pengambilan garam berlebihan boleh menyebabkan penyimpanan air dalam badan meningkatkan tekanan pada sendi dan juga menyebabkan peningkatan tekanan darah.

Ini adalah satu keadaan yang boleh memberi kesan sampingan kepada pesakit artritis dan sakit sendi kronik.

Ikan cencaru yang mempunyai tekstur kenyal boleh menyebabkan ketidakselesaan pada sesetengah orang.

4. Sukar dihadam

Ikan cencaru mempunyai tekstur lebih liat dan kasar berbanding ikan putih seperti siakap atau kerapu. 

Sesetengah orang mengalami sakit perut, kembung atau ketidakselesaan usus selepas mengambil ikan seperti ini terutamanya jika dimasak dengan pedas atau berminyak. 

Sistem pencernaan yang tidak sihat boleh menyumbang kepada keradangan sistemik dan juga memberi kesan kepada kesihatan sendi.

Individu yang alergik terhadap ikan cencaru berisiko mengalami sistem imun rendah dan boleh menyerang tisu sendi.

5. Risiko alergik dan reaksi imunisasi 

Sesetengah individu yang mengalami sakit sendi juga mungkin menghidapi sensitiviti atau alergik terhadap ikan tertentu termasuk ikan cencaru. 

Reaksi alergik boleh menyebabkan sistem imun menjadi lebih aktif dan menyerang tisu sendi serta memperburukkan keadaan keradangan dan kesakitan. 

Jadi, jika anda perasan simptom alergik seperti gatal, ruam, bengkak atau sesak nafas selepas makan ikan cencaru adalah lebih baik untuk elakkan terus.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Nutrisi

Malunya orang nampak parut kurap dan panau, 4 bahan ini mampu rawat masalah kulit anda

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Nutrisi

Teh putik bunga ros banyak khasiat, patut jadi minuman ‘rahsia’ kaum wanita

Terhangat