info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Tip & Trik

Elak makan sayur tercemar racun, pilih pek berlogo MyGAP... Beli di pasar pun ada petuanya

Lead Image

KALAU beli sayur sayuran di pasaran, antara perkara yang perlu diberi perhatian semestinya kualiti dan keselamatannya.

Kebanyakan sayur ditanam secara komersial berkemungkinan terdedah kepada penggunaan racun serangga.

Malah ada sesetengah tempat dipercayai menggunakan racun dalam kuantiti tinggi atau tidak membersihkannya dengan sempurna sebelum dijual.

Bagaimanapun ada cara yang dikongsikan netizen untuk mengelakkan kita membeli sayur yang terdedah dengan penggunaan racun berlebihan iaitu dengan mengenal pasti logo tertentu pada bungkusan produk.

Perkongsian wanita itu mencuri perhatian ramai.

Perkara itu didedahkan seorang pengguna dikenali sebagai Najeehah  yang berkongsi tip diajarkan suaminya yang juga pensyarah agrikultur.

Jelasnya, pengguna hanya perlu mencari logo ‘MyGAP’ iaitu (Malaysia Good Agricultural Practice) yang merupakan skim pensijilan dipercayai bagi sektor pertanian dan penternakan.

“Saya tanya suami macam mana kita nak pilih sayur atau buah yang diyakini (dengan menggunakan racun serangga yang dibenarkan dalam kuantiti yang betul).

“Memandangkan suami saya kerja pensyarah agrikultur, so dia bagitahu cari logo yang ada MyGAP.

MENARIK DIBACA: Bimbang anak kerap lapar? Boleh pilih 7 snek berkhasiat ini untuk si cilik

MENARIK DIBACA: Masak 5 jenis sayur ini tak payah kupas kulit, rugi buang nutrisi dalam tong sampah

“MyGAP merupakan skim pensijilan yang komprehensif untuk sektor tanaman, akuakultur dan ternakan,” katanya dalam hantaran di laman Threads

Perkongsian itu menarik perhatian ramai netizen yang mengakui mereka juga mempraktikkan perkara yang sama sebelum membeli sayur, buah-buahan malah produk ternakan dan makanan laut.

“Nak masak untuk anak mesti cari yang ada MyGAP. Bukan sayur je, ikan pun ada,” komen seorang netizen.

Dalam pada itu, ada juga yang menjelaskan logo MyGAP kebiasaannya hanya terdapat pada produk yang siap dibungkus terutama di pasar raya besar.

Komen netizen di laman Threads.

Bagi pembeli yang mendapatkan sayur di pasar basah atau gerai kecil tanpa pembungkusan, netizen turut berkongsi beberapa petua lain untuk mengenal pasti sayur yang dipercayai lebih selamat dimakan.

“Kalau di luar bandar susah nak jumpa sayur 'packaging' MyGAP ni. Jadi kalau ke 'wet market', tengok sayur yang ada lubang-lubang kena makan ulat, beli yang tu.

“Kalau beli yang langsung tak ada lubang kena makan ulat, itu potensi penggunaan racun tinggi sampai langsung tak ada ulat nak makan kecuali penjual tu kata dia tanam secara hidroponik atau dalam greenhouse,” tulis seorang pengguna.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Tip & Trik

Cara mudah kupas kulit telur rebus supaya tak menggerutu, sejuk hati tengok hasil licin lepas kopek

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Tip & Trik

Jangan langgar pantang larang ini masa goreng bendi! Barulah tak lembik, berlendir

Terhangat