info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Tip & Trik

Cara mudah kupas kulit telur rebus supaya tak menggerutu, sejuk hati tengok hasil licin lepas kopek

Lead Image

SIAPA sangka masalah kecil seperti mengupas kulit telur rebus boleh buat ramai stres di dapur.

Mana tidaknya, telur rebus yang diharapkan sempurna dan licin selepas dikupas akhirnya jadi menggerutu malah ada yang pecah gara-gara kulit melekat kuat.

Seorang pengguna Threads berkongsi petua mudah yang diamalkan setiap kali merebus telur dan masalah itu tidak lagi dialaminya.

"Dulu benda paling annoying sekali ialah kupas telur sebab jadi menggerutu.

Bahagian bawah telur perlu diketuk terlebih dahulu sebelum direbus dan direndam dalam air sejuk.

"Elok-elok telur sebiji jadi half sebab banyak saya buang sebab asyik melekat," kongsinya.

Bagaimanapun kini, jelas wanita itu, dia tidak lagi berdepan isu kulit melekat pada telur selepas belajar tip daripada TikTok. 

"Gambar first masa belum belajar trick (kulit melekat). Gambar second lepas belajar. Smooth like butter bila kopek! Suka sangat," katanya lagi.

MENARIK DIBACA: Program makanan percuma bertukar tragedi, ratusan murid dikejarkan ke hospital lepas makan daging

MENARIK DIBACA: "Kalau boleh nak sejambak bayam" - Geng cikgu mengaku teruja dapat barang dapur hadiah Hari Guru

Menerusi perkongsian tersebut, dia turut berkongsi langkah mudah dilakukannya untuk mendapatkan telur rebus dengan tekstur di bahagian putih dan kuning yang tidak keras sepenuhnya.

Menurutnya, sebelum direbus, telur perlu diketuk perlahan dengan sudu pada bahagian bawah yang bulat.

"Selepas itu, air perlu dididihkan terlebih dahulu sebelum api diperlahankan.

Proses mengupas kulit telur rebus menjadi mudah hanya dengan langkah senang.

"Kemudian masukkan telur dan tutup periuk sambil menetapkan masa selama enam minit," jelasnya.

Selepas enam minit, telur perlu terus direndam dalam air sejuk sekurang-kurangnya selama dua minit sebelum dikupas.

Kongsi individu itu, langkah berkenaan membuatkan kulit telur lebih mudah ditanggalkan.

"Then 'tara'… smooth like 'butter masa kopek," kongsinya. 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Tip & Trik

Ibu boleh ajar anak buat 'playdoh' guna bahan asas dapur... Senang, jimat wang

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Tip & Trik

Elak makan sayur tercemar racun, pilih pek berlogo MyGAP... Beli di pasar pun ada petuanya

Terhangat