info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Sihat

Masak 5 jenis sayur ini tak payah kupas kulit, rugi buang nutrisi dalam tong sampah

Lead Image

SELAMA ini ramai menganggap sesetengah sayur-sayuran perlu dibuang kulitnya kerana disangka kotor dan tidak memiliki manfaat untuk kesihatan tubuh.

Hakikatnya, untuk sayur-sayuran tertentu, kulit yang dianggap sampah itu sebenarnya mengandungi khasiat terbaik.

Malah, kandungan vitamin, serat dan nutrisi yang ada pada kulit sesetengah sayur-sayuran jauh lebih tinggi berbanding isinya.

Berikut Kuali senaraikan lima jenis sayur yang tidak perlu dibuang kulitnya kerana mempunyai tinggi nutrisi bukan sahaja untuk baik untuk kesihatan tubuh badan tetapi juga kulit.

Kulit timun baik untuk kesihatan jantung dan kulit.

1. Timun

Kulit timun kaya dengan serat tidak larut, vitamin K, kalium dan antioksidan (beta karoten) yang sangat memberi manfaat untuk kesihatan. 

Selain itu, kulit timun juga membantu melancarkan pencernaan, mengurangkan sembelit, menjaga kesihatan jantung serta kulit.

MENARIK DIBACA: Ada rahsia putihkan baju kusam guna bahan di dapur! Cuka dan lemon antara paling berkesan

MENARIK DIBACA: Teknik rendam kena betul, ini petua pulut kuning kekal lembut dan tahan lama

Kulit kentang membantu meningkatkan imuniti badan.

2. Kentang

Kulit kentang kaya dengan khasiat seperti serat, vitamin C, kalium dan antioksidan yang baik untuk pencernaan.

Bukan itu sahaja, bahagian itu juga memiliki kelebihan dari segi membantu menjaga kesihatan jantung dan meningkatkan imuniti badan. 

Selain itu kulit kentang juga membantu mengawal nafsu makan, memperkuat tulang serta mengandungi zat besi untuk mencegah anemia.

Kulit lobak merah membantu mencegah penuaan kulit.

3. Lobak merah

Kulit lobak merah mengandungi kepekatan tertinggi nutrisi seperti antioksidan, serat dan vitamin terutama vitamin A dan C yang membantu mengekalkan kesihatan kulit.

Manfaat lain kulit lobak merah, ia membantu melindungi kulit daripada rosak akibat pancaran UV, mencegah jerawat dan melambatkan proses penuaan.

Kulit terung membantu menyokong kesihatan otak .

4. Terung

Kulit terung terutama yang berwarna ungu sangat berkhasiat kerana kaya dengan antioksidan antosianin yang melindungi sel daripada rosak, menyokong kesihatan otak dan membantu melawan sel kanser.

Selain itu, kulit terung juga membantu menurunkan tekanan darah, bersifat tinggi serat untuk melancarkan penghadaman dan rendah kalori.

Kulit lobak putih membantu memperbaiki sel kulit mati.

5. Lobak putih

Kulit lobak putih kaya dengan nutrien penting terutamanya Vitamin C, Vitamin B complex, fosforus dan zink yang baik untuk kesihatan kulit. 

Kehebatan kulit lobak putih juga terbukti membantu mengatasi masalah kulit kering, berjerawat dan memperbaiki sel kulit mati.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Sihat

"Saya tak ada duit tapi rajin dan nak cantik" - 'Effort' wanita ini buat jus retinol untuk kurus, lawa jadi perhatian

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Sihat

Cara betul cuci botol susu bayi tanpa guna sterilizer, tak cukup basuh guna sabun je!

Terhangat