info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Tip & Trik

Jangan langgar pantang larang ini masa goreng bendi! Barulah tak lembik, berlendir

Lead Image

KALAU sebut mengenai sayur yang menjadi kegemaran ramai, mesti bendi ada dalam senarai. 

Digoreng biasa pun sudah cukup menyelerakan, begitu juga jika dimasukkan dalam kari atau dijadikan ulam.

Tapi satu perkara yang membuatkan ramai rasa tertekan apabila memasak bendi adalah lendirnya keluar terlalu banyak sehingga tekstur mengecut.

Seorang pengguna laman Threads turut berkongsi masalah sama selepas pelbagai cara dicuba namun bendi tetap berlendir.

"Macam mana nak masak bendi goreng tanpa ada lendir-lendir tu eh? Ke mustahil untuk hilang?

"Kita dah cuba goreng 'dia' saja dulu dalam kuali baru masukkan minyak dan bawang tapi macam sama je," katanya.

Di ruangan komen, ramai netizen tampil berkongsi petua masing-masing untuk bendi goreng kekal rangup, tekstur tak terjejas dan tak berlendir.

Antara petua dikongsi ramai ialah:

Netizen tampil berkongsi petua masing-masing tentang cara memasak bendi goreng kekal rangup.

1. Basuh dulu

Ramai menegaskan bendi perlu dibasuh terlebih dahulu dan ditos hingga betul-betul kering sebelum dipotong.

Kalau potong dahulu kemudian baru basuh, lendir lebih mudah keluar ketika dimasak.

2. Jangan guna air

Ramai menyatakan bendi memang sangat sensitif dengan air.

Sebab itu, ketika menggoreng elakkan tambah air atau biarkan sayur basah kerana boleh menyebabkan lendir keluar lebih banyak.

MENARIK DIBACA: Risau ibadat tak sah, wanita bawa baldi ke pasar elak najis bahan basah - "Duit baki pun boleh kena darah"

MENARIK DIBACA: Kafe Jepun jual latte pada suhu paling ekstrem di dunia, kena habiskan dalam masa 40 saat sebelum beku

3. Bawang putih

Ada juga yang berkongsi bahawa penggunaan bawang merah boleh menyebabkan tekstur bendi jadi lebih berlendir.

Sebaliknya, mereka mencadangkan hanya menggunakan bawang putih untuk menumis.

Antara komen di Threads.

4. Api besar, jangan kerap gaul

Satu lagi teknik penting ialah menggunakan api besar ketika memasak.

Selain itu, jangan terlalu kerap mengacau bendi dalam kuali kerana boleh menyebabkan lendir cepat keluar.

5. Rendam dengan air garam atau cuka

Ada yang merendam dulu bendi dalam air garam sebelum memasak manakala sesetengah lagi memilih menggunakan campuran air dan cuka makan.

Jangan risau sebenarnya memang ada banyak cara untuk kurangkan lendir pada bendi, cuma teknik penyediaan dan cara memasak memainkan peranan penting.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Tip & Trik

Elak makan sayur tercemar racun, pilih pek berlogo MyGAP... Beli di pasar pun ada petuanya

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Tip & Trik

Famili kecil, orang bujang disaran masak nasi dalam cawan... Hasil 'cantik', tak berkerak

Terhangat