info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Tip & Trik

Famili kecil, orang bujang disaran masak nasi dalam cawan... Hasil 'cantik', tak berkerak

Lead Image

RAMAI antara kita pernah berdepan situasi nasi terlebih masak hingga terpaksa disimpan lama dan akhirnya dibuang begitu sahaja gara-gara basi.

Sebenarnya, ada cara mudah dan praktikal untuk mengelakkan pembaziran iaitu dengan memasak nasi di dalam cawan mengikut sukatan yang diperlukan.

Seperti dikongsikan seorang pengguna Threads, beras dimasukkan ke dalam beberapa cawan tahan panas sebelum diletakkan dalam periuk dan dimasak.

Teknik tersebut sesuai untuk digunakan bagi mengelak pembaziran.

Dalam hantaran tersebut, wanita dikenali sebagai Shafinaz Sabri itu memberitahu cara tersebut diajar oleh neneknya untuk mengelakkan pembaziran

Pembaziran biasanya berlaku kerana nasi yang dimasak cara biasa memerlukan sukatan beras mengikut saiz periuk sedangkan 'portion' yang hendak dimakan cuma sedikit.

Dalam satu lagi keadaan, memasak nasi dalam periuk akan menyebabkan ia berkerak sekali gus berlaku pembaziran beras, berbeza jika memasaknya dalam cawan.

"Lama tak guna cara ni. Dulu nenek ajar kalau setakat nak makan seorang dua, masak nasi guna cara ini.

"Nasi tak berkerak dan tak membazir," kongsinya.

Cara masak nasi dalam cawan cukup ringkas iaitu dengan membasuh beras seperti biasa dan masukkan ke dalam cawan mengikut sukatan yang diinginkan. 

MENARIK DIBACA: Satu persatu restoran ditutup sebab tiada pelanggan, syarikat pula tanggung hutang bilion ringgit... Ini 5 fakta menarik tentang Salt Bae

MENARIK DIBACA: Nak buat tiramisu tapi biskut ladyfingers mahal, rupanya guna bahulu pun lagi sedap!

Kemudian tambahkan air dalam cawan yang mempunyai beras pada sukatan sesuai sebelum susun cawan di dalam periuk yang turut diletak air dan masak seperti biasa.

Menjawab beberapa soalan netizen tentang sukatan air, Shafinaz berkata dia menggunakan teknik menggunakan jari.

"Macam biasa awak masak nasi, kalau saya ukur guna jari kemudian dalam periuk nasi pun letak air juga. Agak-agak je," katanya.

Selain lebih jimat, teknik ini juga membuatkan nasi lebih mudah diurus terutama bagi mereka yang tinggal bujang, pasangan suami isteri atau keluarga yang mahu mengawal pengambilan makanan.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Tip & Trik

Jangan langgar pantang larang ini masa goreng bendi! Barulah tak lembik, berlendir

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Tip & Trik

5 teknik peram buah agar cepat masak, tak perlu tunggu lama untuk makan

Terhangat