info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Tip & Trik

5 teknik peram buah agar cepat masak, tak perlu tunggu lama untuk makan

Lead Image

KALAU anda membeli buah seperti mangga, pisang, avokado atau betik yang belum cukup masak dengan isinya masih keras dan masam, sudah pasti ia perlu diperam dulu beberapa hari.

Tidak semua buah muda boleh dimakan sebaik sahaja dibeli kerana ada buah-buahan hanya sesuai diambil dimakan selepas mencapai tahap kematangan tertentu. 

Menariknya, buah yang sudah dipetik dari pokok akan terus masak cuma proses ini bergantung kepada suhu persekitaran dan gas semula jadi dihasilkan oleh buah itu sendiri. 

Dengan cara penyimpanan betul, proses ini boleh dipercepatkan atau menggunakan bahan tambahan yang merumitkan.

Berikut Kuali kongsikan beberapa tip untuk peram buah supaya cepat masak:

Boleh juga campurkan bersama buah lain agar cepat masak.

1. Guna kertas atau beg kertas

Letakkan buah contohnya mangga, avokado atau pisang dalam beg kertas dan tutup secara longgar.

Kaedah ini memerangkap gas etilena yang dikeluarkan secara semula jadi oleh buah lalu membantu proses pemasakan menjadi lebih cepat.

MENARIK DIBACA:  Risau ibadat tak sah, wanita bawa baldi ke pasar elak najis bahan basah - "Duit baki pun boleh kena darah"

MENARIK DIBACA: Cara betul cuci botol susu bayi tanpa guna sterilizer, tak cukup basuh guna sabun je!

2. Campur dengan buah yang cepat keluarkan etilena

Letak buah yang nak diperam bersama pisang atau epal dalam satu bekas atau beg. Dua buah ini membantu percepatkan proses masak buah lain.

Buah yang disimpan dalam beras mentah membolehkan ia memerangkap etilena dan haba lalu cepat masak.

3. Balut dengan surat khabar

Balut buah dengan surat khabar dan simpan di suhu bilik kerana ia membantu memanaskan proses pemasakan semula jadi.

4. Guna beras (untuk mangga/avokado)

Anda boleh juga menyimpan buah dalam beras kerana ia memerangkap etilena dan haba. Jadi buah akan lebih cepat lembut dan masak.

5. Simpan di suhu bilik 

Buah mentah seperti mangga, pisang, betik jangan dimasukkan dalam peti ais kerana suhu sejuk akan hentikan proses ia masak.

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Tip & Trik

Famili kecil, orang bujang disaran masak nasi dalam cawan... Hasil 'cantik', tak berkerak

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Tip & Trik

Rupanya ada cerita kenapa nanas banyak 'mata', dijual tanpa potong tangkai

Terhangat