5 cili boh viral pilihan pengguna, masakan sedap macam dikisar sendiri
CILI boh memang memudahkan dan mempercepatkan kerja memasak lebih-lebih lagi nak buat sambal tumis.
Buka saja bungkusan cili boh, kemudian terus masukkan dalam masakan sama ada bergoreng atau berkuah.
Penggunaan cili boh memang menjimatkan masa tetapi ramai menganggap hasil masakan tidak seenak hidangan yang dimasak menggunakan cili kering kisar.
MENARIK DIBACA: Hanya 2 ulas bawang putih, cili tahan lebih lama dalam peti sejuk
MENARIK DIBACA: Kisar cili dengan minyak masak bukan sekadar tahan lama, petua orang dulu-dulu banyak manfaatnya
Ada juga individu yang nak mencuba cili boh tapi keliru nak beli yang mana satu sebab terlalu banyak jenama di pasaran.
Semestinya nak cari yang betul-betul sedap dan kena dengan selera.
Tak payah pening, Kuali senaraikan 5 jenama cili boh kesukaan rakyat Malaysia berdasarkan perkongsian pengguna Threads.

1. Wallfood
Cili giling ini ditawarkan dengan dua pilihan tahap kepedasan untuk mereka yang makan pedas atau sebaliknya.

2. Cili Kisar Orang Kampung keluaran Abby Zam
Cili kisar ini rasanya dkatakan hampir sama dengan cili giling buatan sendiri di rumah.

3. Cili Boh Cap Kapal Terbang keluaran KPW Sri Murni
Cili boh ini hanya jual di sekitar Terengganu sahaja bukan cuma sedap tetapi tahan lama dan tak cepat berkulat.

4. Puteri
Jenama ini sudah menjadi kesukaan rakyat Malaysia sejak 35 tahun lalu. Rasanya konsisten dan memang menjadi pilihan generasi demi generasi.

5. Cili Giling Maz keluaran Maz Sdn. Bhd.
Cili giling ini kurang pedas dan sangat sesuai untuk kanak-kanak atau mereka yang tidak tahan kepedasan.