KUALI | Nutrisi

Kisar cili dengan minyak masak bukan sekadar tahan lama, petua orang dulu-dulu banyak manfaatnya

Lead Image

SEBELUM wujudnya peti sejuk dan teknologi penyimpanan moden, orang-orang dulu mempunyai kaedah tersendiri agar bahan dapur tahan lebih lama dan tidak cepast rosak.

Salah satu amalan yang diwarisi sejak dahulu ialah mengisar cili bersama minyak masak.

Petua ini sebenarnya mempunyai banyak kelebihan yang bukan sahaja membantu menghancurkan biji cili dengan lebih halus malah menghasilkan warna cili merah lebih cantik.

Inilah antara sebab mengapa orang dahulu gemar mengisar cili dengan mencampurkannya bersama minyak masak.

Minyak membantu melindungi lapisan cili yang dikisar sebagai pengawet semula jadi.

1. Membantu cili tahan lama 

Minyak berfungsi sebagai pengawet semula jadi kerana mampu melapisi cili yang telah dikisar dan mengurangkan pendedahan kepada udara serta kelembapan. 

Keadaan ini melambatkan pertumbuhan kulat dan bakteria sekali gus membuatkan cili kisar tidak cepat rosak walaupun disimpan pada suhu bilik.

Cili dikisar bersama minyak akan menghasilkan warna yang cantik.

2. Mengekalkan warna merah cili 

Cili yang dikisar tanpa minyak mudah mengalami pengoksidaan menyebabkan warnanya bertukar gelap atau kehitaman. 

Dengan penambahan minyak, proses pengoksidaan dapat dikurangkan dan warna cili kekal merah cantik lebih lama.

Minyak membantu bilah pengisar dengan lebih lancar.

3. Memberikan tekstur lebih halus

Minyak membantu bilah pengisar bergerak dengan lebih lancar. 

Hasilnya cili menjadi lebih halus dan pekat tanpa perlu menambah air. Ini penting kerana air boleh menyebabkan cili cepat basi.

Bahan pedas dalam cili membantu larut dengan lebih baik dalam minyak.

4. Menjadikan rasa lebih sedap 

Bahan pedas dalam cili iaitu capsaicin larut dengan lebih baik dalam minyak. 

Sebab itu cili kisar mengandungi minyak memberi rasa pedas yang lebih 'naik' dan aroma lebih wangi apabila ditumis.

Cili kisar yang sudah bercampur minyak boleh terus digunakan.

5. Memudahkan dan menjimatkan masa memasak 

Cili kisar yang sudah bercampur minyak boleh terus digunakan untuk menumis. 

Jadi ia tidak perlu lagi menambah minyak yang banyak dan pada masa yang sama menjadikan proses memasak lebih cepat dan ringkas.

Minyak bukan sahaja membantu memanjangkan jangka hayat cili malah mengekalkan warna, memperbaiki tekstur dan meningkatkan rasa masakan.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Nutrisi

Pelakon Indonesia Nino Fernandez ada cara jaga isteri berpantang, cipta 3 menu bantu ‘boost’ susu ibu

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Nutrisi

Selera menurun seiring peningkatan usia, ada cara bangkit nafsu makan orang tua

Terhangat