Cara tradisional hilangkan lendir pada paru-paru perokok, cuma guna 3 bahan mudah dapur sahaja
TABIAT merokok dalam jangka masa panjang boleh menyebabkan pembentukan lendir pada paru-paru, sekali gus membuatkan pernafasan terasa berat dan tidak selesa.
Selain mengganggu pernafasan, keadaan ini juga boleh mencetuskan batuk berpanjangan dan ketidakselesaan.
Walaupun berhenti menghisap rokok adalah cara paling berkesan, pengambilan bahan semula jadi dalam proses meninggalkan tabiat buruk itu turut boleh membantu.

Ini termasuk menyokong proses 'pembersihan' paru-paru dengan lebih efektif.
Bahan-bahan di dapur rumah dan mudah didapati seperti bawang putih, halia dan kunyit hidup mampu membantu dalam proses ini.
Penyediaannya juga sangat mudah dan mampu membantu menyingkirkan lendir pada paru-paru perokok.
MENARIK DIBACA: Pasta ubi keledek memang sedap, berlemak dan manis semula jadi
MENARIK DIBACA: Cluck' N Cone perkenal konsep ayam goreng dalam kon, ada 6 varian rasa boleh dicuba!
Bahan-bahan
- 1 ulas bawang putih
- 1 inci halia
- 1 inci kunyit hidup
Langkah penyediaan
- Hiris semua bahan dan rendam ke dalam secawan air panas.
- Biarkan sehingga suam dan minum setiap pagi secara konsisten.