KUALI | Resipi Moden

Pasta ubi keledek memang sedap, berlemak dan manis semula jadi

Lead Image

SIAPA sangka kombinasi ubi keledek dalam pasta mampu menjadikan sajian barat ini lebih berlemak dan berkrim.

Kemanisan semula jadi ubi keledek bukan sahaja menaikkan lagi kesedapan hidangan, malah menjadikannya lebih berkhasiat.

Untuk info, ubi keledek kaya dengan serat, vitamin A serta antioksidan yang baik untuk kesihatan. 

Digabungkan bersama sos berkrim dan pasta, ia menghasilkan hidangan seimbang yang sesuai untuk seisi keluarga.

Jom Kuali kongsi resipinya:-

ubi keledek kaya dengan serat, vitamin A.

Bahan-bahan

  • 200 g pasta penne
  • 200 g isi ayam (dipotong kecil)
  • 4 biji cendawan shiitake (dihiris)
  • 1 biji ubi keledek (direbus dan dilenyek)
  • 3 keping keju
  • 100 ml minyak zaitun
  • 2 ulas bawang putih (dicincang)
  • ½ labu bawang Holland (dipotong dadu)
  • 4 sudu makan tomato puri
  • 1 sudu kecil cili flakes
  • 200 ml susu full cream
  • Mixed herbs (2 kali renjisan)
  • ½ sudu kecil garam
  • Penyedap rasa secukup rasa
  • Sedikit mentega

MENARIK DIBACA: Suhun kukus pedas sihat dan mudah, sesuai jadi menu diet!

MENARIK DIBACA: Kuah colek pedas cicah jambu buat kecur air liur, kena cuba resipinya!

Cara penyediaan

  1. Rebus pasta penne sehingga lembut. Simpan lebihan air rebusan pasta untuk digunakan dalam sos nanti.
  2. Panaskan minyak zaitun dengan api perlahan, masukkan 1 sudu makan mentega.
  3. Tumis bawang putih dan bawang Holland hingga wangi, kemudian masukkan isi ayam dan cendawan. Kacau hingga ayam masak dan naik bau.
  4. Masukkan tomato puri dan cili flakes, kacau rata.
  5. Seterusnya masukkan ubi keledek lenyek bersama kira-kira 300 ml air rebusan pasta. Taburkan mixed herbs dan garam.
  6. Tuangkan susu full cream dan masukkan keju. Kacau perlahan sehingga keju cair dan sos sebati.
  7. Tekstur sos boleh dilaraskan mengikut selera. Lebih sedap dimasak pekat dan berlemak.
  8. 8. Akhir sekali, taburkan sedikit penyedap rasa dan gaul sebati. Sedia untuk dihidang.
bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Resipi Moden

Resipi puding buah naga berkhasiat, sesuai untuk bayi mula belajar makan

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Resipi Moden

Resipi tauhu goreng sos cuka hitam, hidangan ringkas tidak membosankan

Terhangat