Resipi puding buah naga berkhasiat, sesuai untuk bayi mula belajar makan
PASTI ada ibu-ibu di luar sana berasa risau mencuba menu baru untuk anak kerana bimbang ia tidak sesuai dengan selera mereka.
Apa kata cuba puding buah naga sebagai snek sihat untuk anak-anak anda. Bukan sahaja sedap tetapi menyihatkan.
Penyediaannya mudah, tidak menggunakan sebarang gula dan sesuai untuk bayi berumur enam bulan ke atas yang sudah mula makan makanan pepejal.
Puding ini juga kaya dengan vitamin dan serat serta baik untuk pencernaan bayi.
Resipi ini bukan sahaja sedap dan berkhasiat untuk bayi malah boleh dinikmati oleh seluruh keluarga.
Ini cara-cara penyediaannya:

MENARIK DIBACA: Jus rasa bawang dan cili? Hilangkan bau degil pengisar dengan 5 bahan ini
MENARIK DIBACA: Tak perlu guna racun serangga, serbuk kopi dan daun pandan cara mudah singkirkan kamitetep
Bahan-bahan
- ½ buah naga merah atau putih
- 100 ml air atau susu formula
- 1 sudu kecil tepung jagung atau agar-agar serbuk
- 1 sudu teh jus lemon segar
Cara penyediaan
- Potong buah naga menjadi kepingan kecil atau kisar sehingga halus jika bayi masih baru makan pejal.
- Campurkan buah naga yang telah dikisar dengan air atau susu dalam periuk kecil.
- Jika ingin puding lebih pekat, larutkan tepung jagung dengan sedikit air sejuk dan masukkan ke dalam campuran.
- Panaskan adunan di atas api sederhana, kacau perlahan-lahan supaya tidak berketul sehingga adunan menebal (sekitar 5–7 minit). Jika menggunakan agar-agar serbuk, ikut arahan pembungkusan agar-agar.
- Tuang puding ke dalam bekas kecil atau acuan, biarkan sejuk pada suhu bilik kemudian boleh simpan dalam peti sejuk selama 1–2 jam.
- Hidangkan puding pada suhu suam atau sejuk, pastikan tiada biji besar yang boleh tersekat pada tekak bayi.