KUALI | Resipi Moden

Resipi tauhu goreng sos cuka hitam, hidangan ringkas tidak membosankan

Lead Image

TAUHU antara bahan masakan mudah diolah sering dipilih sebagai resipi popular di rumah terutamanya bagi penggemar hidangan cepat penuh rasa.

Biarpun ringkas, taufu sebenarnya tinggi dengan kandungan nutrisi seperti protein dapat membantu percepatkan proses pembaikan tisu dan kandugan kalsium baik untuk kekuatan tulang serta gigi.  

Bagi mencari resipi ringkas, boleh cuba Tauhu Goreng Bersos Cuka Hitam ini, gabungan rasa antara salutan rangup di luar dan lembut di dalam dengan sos cuka hitam masam seimbang memuaskan selera. 

Ditambah pula dengan hirisan cili padi, bawang putih memberikan sedikit sentuhan pedas dan aroma bawang putih membangkitkan selera.

Resipi senang ini juga sesuai dihidangkan sebagai lauk utama bersama nasi putih atau sebagai hidangan sampingan dimakan begitu sahaja. 

Cubalah rasa sendiri resipi ringkas tetapi tidak membosankan ini.

Hanya menggunakan bahan mudah boleh siap.

Bahan-bahan

  • 5 keping tauhu potong kiub  
  • 1 biji telur
  •  Minyak

Untuk sos

  •  2 sudu besar cuka hitam
  • 1 sudu besar kicap cair
  • 1 sudu kecil sos tiram
  • 1 sudu kecil gula
  • 2 ulas bawang putih cincang halus 
  • 1 biji cili padi dihiris halus 
  • 1 sudu kecil tepung jagung 
  • 3 sudu besar air

MENARIK DIBACA: Tukar menu sihat buat anak-anak cuti sekolah ini, resipi nuget pisang sihat dan menyelerakan

MENARIK DIBACA: Puding Oreo resipi Che Nom memang sedap, tambah aiskrim umpan selera anak-anak 

Cara penyediaan

  1. Toskan tauhu dan lap kering supaya minyak tak meletup.
  2. Celup tauhu ke dalam telur dipukul dan biarkan bersalut rata.
  3. Goreng tauhu dalam minyak panas hingga keemasan dan garing, angkat dan ketepikan.
  4. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih hingga wangi.
  5. Masukkan hirisan cili padi, tumis sekejap.
  6. Masukkan semua bahan sos, kacau dan biarkan mendidih.
  7. Masukkan bancuhan tepung jagung, masak hingga sos pekat.
  8. Masukkan tauhu goreng, gaul cepat supaya tauhu kekal rangup.
  9. Angkat dan hidang.
bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Resipi Moden

Pasta ubi keledek memang sedap, berlemak dan manis semula jadi

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Resipi Moden

Ada rahsia maggi murtabak bertambah sedap, tak hairan ramai mula ketagih

Terhangat