KUALI | Resipi Moden

Puding Oreo resipi Che Nom memang sedap, tambah aiskrim umpan selera anak-anak 

Lead Image

MUSIM cuti sekolah memang waktu paling sesuai untuk mencuba pelbagai aktiviti di dapur bersama anak-anak.

Selain meluangkan masa bersama, inilah peluang untuk hasilkan pemanis mulut ringkas yang pasti buat mereka teruja.

Salah satu wajib cuba ialah puding aiskrim Oreo, resipi daripada Che Nom yang bukan sahaja sedap, malah sangat mudah dihasilkan!

Berbeza dengan agar-agar biasa, puding ini mempunyai kepingan biskut Oreo yang dikisar halus, memberikan rasa coklat berkrim.

Kombinasi aiskrim lembut menambahkan lagi kelazatan serta 'kena' dengan cita rasa anak-anak yang suka pencuci mulut sejuk.

Kombinasi aiskrim lembut menambahkan lagi kelazatan dan lemak manis.

Bahan-bahan

  • 1 paket agar-agar tali
  • 1 tin susu cair
  • 1250 ml air
  • 100 gram gula
  • 2 biji telur (pilihan)
  • 1 bungkus biskut Oreo 
  • Aiskrim (apa-apa perisa)
  • Sedikit esen vanilla

MENARIK DIBACA: Tukar menu sihat buat anak-anak cuti sekolah ini, resipi nuget pisang sihat dan menyelerakan

MENARIK DIBACA: Bahaya anak gemar makan sosej, kandungan 2 bahan kimia ini boleh jejas kesihatan 

Cara penyedian

  1. Basuh agar-agar tali, kemudian masak agar-agar bersama 1250 ml air di atas dapur dengan api sederhana. 
  2. Masukkan gula dan kacau perlahan-lahan sehingga larut.
  3. Kisar biskut Oreo dalam pengisar kering sehingga halus.
  4. Kisar susu cair bersama aiskrim, telur, dan esen vanila sehingga sebati.
  5. Masukkan bahan yang dikisar tadi ke dalam agar-agar yang sedang dimasak dan kacau perlahan-lahan hingga sebati.
  6. Kemudian masukkan Oreo yang dikisar dan kacau lagi sehingga mendidih sekejap, kemudian padamkan api.
  7. Tuang ke dalam acuan atau loyang dan biarkan sejuk.
  8. Setelah beku, potong-potong dan hidangkan sejuk-sejuk.
bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Resipi Moden

Suhun kukus pedas sihat dan mudah, sesuai jadi menu diet!

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Resipi Moden

Kobis gulung ayam idea menu sihat, anak-anak pun mesti suka

Terhangat