KUALI | Nutrisi

Bahaya anak gemar makan sosej, kandungan 2 bahan kimia ini boleh jejas kesihatan 

Lead Image

DISEBABKAN kesibukan rutin harian, ibu bapa memilih langkah mudah menyediakan anak makanan proses seperti sosej goreng sebagai pengalas perut.

Biarpun ramai mengetahui makanan proses tidak berkhasiat, namun hidangan ini tetap dihidangkan atas alasan mudah dan cepat. 

Sosej biasanya tinggi garam, lemak tepu dan bahan pengawet menyumbang kepada obesiti serta masalah kesihatan lain jika dimakan secara kerap.

Sosej tinggi dengan kandungan bahan kimia seperti nitrit dan nitrat.

Rona kemerahan pada sosej juga tinggi dengan dua bahan kimia, nitrit dan nitrat boleh beri kesan negatif terhadap kesihatan dan perkembangan anak.

Tinjauan Pemakanan dan Kesihatan Kebangsaan Hellenic (HNNHS) mendapati pendedahan kanak-kanak terhadap bahan berbahaya dalam daging proses termasuk sosej perlu diambil serius oleh ibu bapa dan penjaga.

MENARIK DIBACA: Basuh wajah dengan air kelapa banyak manfaat, hilang parut jerawat dan kekal awet muda

MENARIK DIBACA: Sisik ikan jangan dibuang! Teefoodd kongsi resipi buat jeli, kaya kolegan untuk cantikkan kulit

Tinjauan Pemakanan dan Kesihatan Kebangsaan Hellenic (HNNHS) mendapati pendedahan kanak-kanak terhadap bahan berbahaya dalam daging proses termasuk sosej perlu diambil serius oleh ibu bapa dan penjaga.

Cuba hidangkan makanan tinggi dengan nutrisi bagi menggalakkan tumbesaran si manja.

1. Nitrit bahan kimia bahaya

Nitrit ditambah dalam sosej untuk menghalang pertumbuhan bakteria berbahaya disamping mengekalkan warna merah jambu pada daging.

Penggunaan bahan ini juga bertindak untuk memanjangkan jangka hayat sosej.

Namun, pengambilan kandungan nitrat berlebihan boleh beri kesan risiko pembentukan nitrosamin juga bahan dikaitkan dengan risiko kanser dalam jangka panjang.

Pengambilan bahan ini dalam kalangan bayi juga boleh mengganggu keupayaan darah membawa oksigen.

Sosej antara makanan proses menjadi kegemaran kanak-kanak.

2. Nirat punca beban pada organ

Kandungan nitrat pula lazimnya ditemui secara semula jadi dalam sayur seperti bayan, lobak dan salad.

Namun, penggunaan bahan ini turut dijumpai dalam sosej bagi mengekalkan warna dan jika dimakan ia boleh bertukar menjadi nitrit.

Pengambilan secara berlebihan turut memberi beban terhadap organ dan memberi tekanan kepada hari dan buah pinggang.

Penting untuk hidangkan menu berkhasiat bagi memastikan anak kekal bertenaga.

3. Beri sajian berkhasiat

Jangan jadikan sosej sebagai hidangan harian. Gunakan sebagai hidangan sekali-sekala sahaja.

Pilih alternatif makanan lebih sihat dengan menggunakan daging segar tanpa pengawet, ayam ikan atau protein dari tumbuh-tumbuhan.

Galakkan pemakanan seimbang agar anak-anak mendapat variasi makanan supaya tidak bergantung pada makanan diproses sahaja.

Kesedaran awal ini akan membantu memastikan anak-anak mendapat nutrisi selamat, sihat, dan menyokong pertumbuhan optimum.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Nutrisi

Air kelapa redakan ‘morning sickness’, cegah jangkitan saluran kencing ketika hamil

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Nutrisi

Baunya busuk dan rasanya pula pahit... Buah mengkudu banyak khasiat, boleh bantu elak obesiti 

Terhangat