Sisik ikan jangan dibuang! Teefoodd kongsi resipi buat jeli, kaya kolegan untuk cantikkan kulit
SISIK ikan selalunya akan dibuang sebelum dimasak namun ternyata sisik ikan sebenarnya memiliki manfaat untuk kecantikan kulit kerana memiliki sumber kolegan semula jadi.
Selain untuk kecantikan, sisik ikan juga digunakan secara tradisional untuk kesihatan tulang dan sendi selain mampu mengurangkan kolesterol.
Dari segi hukum pula, majoriti ulama berpendapat semua ikan yang mempunyai sisik adalah halal dimakan, dan sisiknya juga termasuk dalam bahagian yang boleh dimakan.
Menerusi perkongsian pempengaruh masakan, Teefoodd, Kuali kongsikan cara membuat jeli sisik ikan yang bukan sahaja enak tetapi juga baik untuk kesihatan kulit dan dalaman tubuh badan.
Bahan-bahan
- 500 gram sisik ikan
- Gula batu
- Kurma merah
- Goji beri
- Cuka
- Air
Langkah penyediaan
- Rendam sisik ikan ke dalam bekas berisi air dan tambahkan sedikit cuka untuk menghilangkan bau hanyir. Cuci sebanyak empat kali.
- Rebus sisik ikan yang telah dicuci bersih bersama kira-kira 2.8 liter air.
- Masukkan gula batu, longan kering, kurma merah, goji beri dan daun pandan. Masak selama satu jam.
- Tapis sisik ikan sahaja. Lebihan yang tinggal simpan dalam peti sejuk.
- Biarkan selama beberapa jam sehingga air rebusan sisik ikan yang mengandung kolegan bertukar menjadi jeli.
- Siap dan sedia untuk dihidangkan.