KUALI | Resipi Tradisi

Ini cara buat ayam goreng mamak, bahan perapan kena betul barulah sedap

Lead Image

KALAU ke restoran mamak, ayam goreng memang menjadi antara menu wajib kerana rasanya yang rangup dan berempah.

Dimakan pula dengan nasi panas dengan kuah kari campur dan sayur kobis, memang layan!

Biasanya ayam goreng mamak ini berwarna merah kerana dicampur dengan pewarna malah rasanya juga berbeza kerana menggunakan pelbagai rempah bagi menaikkan rasa.

Apa membuatkan ia bertambah sedap, ia biasanya akan diperap selama beberapa jam sebelum digoreng agar semua rempah meresap sempurna.

Sebenarnya tak susah nak buat bahan salutan ayam goreng mamak dan boleh buat sendiri di rumah.

Ayam goreng mamak memang popular dalam kalangan rakyat Malaysia.

Bahan-bahan

Bahan A

  • 5 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar
  • 1/2 inci halia
  • 2 tangkai cili merah

Bahan B

  • 1 sudu besar cili merah
  • 1 sudu besar serbuk kari ayam
  • 1 sudu besar tepung beras
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 1 sudu besar serbuk cili
  • 1 sudu besar serbuk kunyit
  • 1 biji Telur
  • Garam
  • Perasa
  • 1 sudu kecil serbuk pewarna merah (Briyani)
  • Daun kari

Langkah penyediaan

  1. Kisar bahan A sehingga halus.
  2. Masukkan bahan A dalam bekas sesuai dan campurkan bersama semua bahan B untuk dijadikan perapan ayam.
  3. Gaulkan bersama ayam yang telah dicuci dan simpan di dalam peti sejuk selama 2 jam.
  4. Panaskan minyak dan goreng ayam yang diperap menggunakan api sederhana.
  5. Ayam boleh diangkat dan ditoskan selepas bertukar warna merah kecoklatan.
  6. Sedia untuk dihidangkan.
bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Resipi Tradisi

Ada cara hilangkan bau hamis otak lembu, paling sedap dibuat gulai

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Resipi Tradisi

Sisik ikan jangan dibuang! Teefoodd kongsi resipi buat jeli, kaya kolegan untuk cantikkan kulit

Terhangat