KUALI | Resipi Tradisi

Ada cara hilangkan bau hamis otak lembu, paling sedap dibuat gulai

Lead Image

MUNGKIN tak ramai pernah mencuba otak lembu tetapi ia mempunyai penggemarnya yang tersendiri.

Biasanya otak lembu dibuat gulai dan rasanya memang sedap apatah lagi ia dimasak bersama pelbagai rempah ratus yang menghasilkan kuah pekat wangi dan berlemak.

Kaedah memasaknya mungkin kelihatan mudah namun jika salah caranyta boleh menghasilkan bau kurang menyenangkan.

Ada petua penting menghilangkan bau hanyir otak lembu iaitu dengan merendam bahagian itu bersama serai dan bawang putih.

Kalau nak lagi berkesan, boleh campurkan bersama cuka dan rendam otak lembu selama 45 minit sebelum dibilas dengan air bersih.

Untuk dapatkan rasa gulai otak lembu yang lagi 'terangkat', tambahkan sedikit minyak atau lemak lembu semasa menumis rempah.

MENARIK DIBACA: Epal black diamond lebih manis daripada madu, hanya 'hidup' di pergunungan Tibet... Harganya cecah RM30 sebiji

MENARIK DIBACA: Saiz dapur kecil bukan masalah, ada cara deko agar nampak luas dan praktikal

Paling penting, jangan tertinggal dua bahan ini iaitu serai dan daun limau bagi memberi aroma segar seimbang dengan lemak santan.

Ini resipi dari Kuali yang boleh anda cuba di rumah:

Bahan-Bahan

  • 1 biji otak lembu
  • 3 sudu besar minyak masak
  • 1 batang serai
  • 3 helai daun limau purut
  • 400 ml santan pekat
  • 500 ml air
  • 5 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 2 inci kunyit hidup
  • 1 sudu teh jintan manis
  • 1 sudu teh ketumbar
  • 1-2 biji cili merah 
  • Garam secukup rasa
  • Gula secubit 

Cara penyediaan

  1. Bersihkan otak lembu dan rebus sekejap dalam air mendidih selama 5-7 minit kemudian toskan.
  2. Kisar semua bahan selain otak lembu, santan, air, serai dan daun limau purut hingga halus.
  3. Panaskan minyak, tumis rempah kisar bersama serai dan daun limau purut hingga naik bau.
  4. Masukkan otak lembu dan air, masak dengan api sederhana selama 15 minit.
  5. Tuang santan, kacau perlahan, tambah garam dan gula secukup rasa, masak lagi 10 minit hingga kuah pekat.
  6. Hidangkan panas dengan nasi putih atau roti.
bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Resipi Tradisi

Kerabu bunga kantan ikan bilis sedap dimakan begitu saja, menu ringkas tapi padu!

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Resipi Tradisi

Ini cara buat ayam goreng mamak, bahan perapan kena betul barulah sedap

Terhangat