Kerabu bunga kantan ikan bilis sedap dimakan begitu saja, menu ringkas tapi padu!
HIDANGAN ringkas tidak semestinya membosankan atau dianggap tidak enak.
Resipi kerabu bunga kantan ikan bilis ini misalnya menggabungkan pelbagai rasa seperti masin, masam dan segar dalam satu sajian yang cukup menyelerakan.
Dengan menggunakan bahan-bahan mudah dan langkah penyediaan yang pantas, menu ini sesuai dijadikan lauk segera untuk dinikmati bersama nasi panas atau sebagai hidangan sampingan.
Untuk penggemar kerabu, jom Kuali kongsikan resipi ringkas kerabu bunga kantan ikan bilis untuk anda cuba di rumah.
MENARIK DIBACA: Niat asal mahu ‘menggaji’ isteri bawa berkat, Kopi Saigon kini ada 200 cawangan di seluruh negara
MENARIK DIBACA: Ini cara buat kek gula hangus paling mudah, hasilnya pasti gebu dan cantik 'bersarang'
Bahan-bahan
- Ikan bilis
- Bunga kantan
- Serai
- Tomato
- Bawang besar
- Cili
- Lemon (boleh gantikan dengan limau nipis)
- Sos ikan
- Garam
Langkah penyediaan
- Panaskan minyak dan goreng ikan bilis sehingga garing kemudian angkat dan toskan.
- Sediakan sebuah mangkuk, hiris halus bunga kantan, serai, tomato, bawang besar, dan cili.
- Kemudian masukkan sos ikan, jus lemon dan garam secukupnya. Gaul sehingga rata.
- Sedia untuk dihidangkan bersama nasi panas atau diratah begitu sahaja. Selamat mencuba!
Pesanan Kuali: Kawal sukatan garam kerana sos ikan dan ikan bilis telah masin.