Cara buat pulut tetal rupanya tak susah, cicah dengan kaya pandan memang sedap!
GENERASI baharu mungkin tidak pernah mendengar apatah lagi merasai keenakan kuih tradisional iaitu pulut tetal atau pulut tekan.
Gabungan pulut berwarna biru hasil campuran bunga telang merupakan kuih warisan peranakan Baba Nyonya.
Ia biasanya dicicah bersama kuah kaya pandan atau pun kaya gula Melaka yang melengkapi rasa pulut apatah lagi dinikmati bersama secawan kopi.
Pada zaman dahulu, kuih ini sering dihidangkan ketika majlis kenduri kahwin malah dianggap sebagai santapan golongan elit.

Sebenarnya membuat pulut tetal tidak sukar malah menggunakan bahan-bahan yang mudah didapati di pasar raya.
Kuali kongsikan cara membuat pulut tetal lembut dan manis berlemak.
MENARIK DIBACA: Epal black diamond lebih manis daripada madu, hanya 'hidup' di pergunungan Tibet... Harganya cecah RM30 sebiji
MENARIK DIBACA: Ada cara hilangkan bau hamis otak lembu, paling sedap dibuat gulai
Bahan-bahan
- 500 gram beras pulut
- 30+ kuntum bunga telang
- 1 1/4 cawan santan + 3/4 sudu teh garam (dikacau rata)
- 3 helai daun pandan (disimpul)
- 1 cawan air pandan (5 helai daun pandan dikisar dan ditapis)
- 1 cawan krimer sejat
- ¾ cawan gula
- 1 kotak santan (200g)
- 3 sudu besar tepung jagung
- 1 biji telur
- Sedikit garam
- Pewarna hijau
Cara penyediaan
- Basuh beras pulut dan rendam bersama bunga telang hingga air bertukar biru, kemudian toskan.
- Kukus pulut bersama daun pandan selama ±20–25 minit hingga separuh masak.
- Siram pulut dengan campuran santan + garam, gaul rata dan kukus semula hingga pulut masak dan berkilat.
- Untuk kuah tetal, masukkan air pandan, krimer sejat, gula, santan kotak dan sedikit garam ke dalam periuk, kacau atas api sederhana.
- Campurkan tepung jagung dengan telur, kacau rata kemudian tuang ke dalam periuk sambil dikacau berterusan.
- Masak hingga kuah pekat, licin dan berkilat kemudian titiskan sedikit pewarna hijau.
- Tuang kuah tetal ke atas pulut, ratakan dan biarkan sejuk sebelum dipotong.