Kuih cecemek warisan negeri Perak, hanya guna 3 bahan untuk membuatnya
MUNGKIN ramai tidak pernah dengar tentang kuih cecemek iaitu sejenis manisan warisan dari negeri Perak.
Ia cukup popular di bahagian Perak Tengah terutama di Pasir Salak dan Kampung Gajah yang dipercayai tempat asal usul kuih cecemek.
Bagi yang pernah merasai keenakan manisan tersebut ada yang menyamakan dengan kuih sampan atau kuih limas kerana mempunyai bentuk yang lebih kurang sama.
Bagi anda yang ingin merasai sendiri keenakan dan kemanisan kuih cecemek, jom ikuti resipi kuih tradisi ini seperti yang dikongsikan laman Facebook Bota TV.
MENARIK DIBACA: Mocha mentega kacang macam pelik, gabungan rasa eksperimen tapi sedap
MENARIK DIBACA: Praktikal tetapi berisiko, penyelidik temukan kandungan toksik dalam serbuk protein
Bahan-bahan
- 1/2 cawan tepung pulut
- 1 sudu besar tepung gandum
- 1/4 cawan santan
- Gula
- Garam
- Air
Langkah penyediaan
- Masukkan tepung pulut dan tepung gandum dalam sebuah bekas dan tambahkan air secukupnya.
- Uli adunan tepung sehingga menjadi doh.
- Ambil sedikit tepung yang telah diadun dan bulat-bulatkan kemudian picit bahagian tengah menjadi bentuk seperti mangkuk.
- Susun dalam bekas yang sesuai kemudian taburkan gula pasir dalam lubang yang dibentuk tadi.
- Dalam bekas lain, masukkan santan bersama 1 sudu kecil tepung gandum bersama secubit garam. Kacau sehingga tepung tidak berketul.
- Tuangkan santan menggunakan sudu di keliling adunan yang disusun dalam bekas tadi kemudian kukus selama 20 minit.
- Siap untuk dihidangkan.