KUALI | Resipi Tradisi

Bukan saja sedap dimasak lemak, cef kongsi resipi siput gondang goreng kunyit

Lead Image

SELAIN siput sedut, siput gondang juga antara hidangan kampung yang cukup mengimbau nostalgia, apatah lagi ia semakin sukar ditemui.

Hidup di kawasan air yang bersih dan jernih, siput ini mempunyai cengkerang besar berwarna hitam serta selamat untuk dimakan.

Teksturnya yang kenyal serta rasa berlemak menjadikan siput ini sesuai dimasak dalam pelbagai cara termasuk tumis pedas mahupun masak lemak cili api.

Siput gondang dijadikan penawar bagi penyakit buasir.

Namun, menurut pempengaruh masakan @Maher_Kitchen, hidangan siput gondang goreng kunyit lebih istimewa kerana rasanya yang ringkas tetapi mampu menyerlahkan keenakan asli isi siput itu sendiri.

Menurutnya lagi, orang dahulu mengamalkan siput gondang kerana dipercayai mempunyai manfaatkan kesihatan termasuk, dijadikan penawar bagi masalah buasir.

Berikut resipi siput gondang goreng kunyit perkongsian @Maher_Kitchen yang anda boleh cuba di rumah.

Bahan-bahan

  • 500 gram siput gondang
  • 1 batang serai (dititik)
  • 1 biji bawang holland (dihiris)
  • Cili padi merah (dihiris)
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • Secubit kiub ayam
  • Minyak untuk menumis

Cara penyediaan

  1. Cuci siput sehingga bersih, kemudian rebus sampai isinya masak.
  2. Keluarkan isi siput daripada cengkerang dan hiris nipis.
  3. Panaskan minyak dan tumis batang serai sehingga naik bau, kemudian masukkan hirisan siput gondang.
  4. Tambahkan serbuk kunyit serta secubit kiub ayam sebagai penambah rasa.
  5. Masukkan hirisan bawang holland dan cili padi merah, kemudian gaul hingga sebati dan masak sempurna.
bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Resipi Tradisi

Mudah dan sedap... Ini resipi bubur cha cha cara orang lama, 5 minit dah siap!

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Resipi Tradisi

Kuih cecemek warisan negeri Perak, hanya guna 3 bahan untuk membuatnya

Terhangat