KUALI | Resipi Tradisi

Mudah dan sedap... Ini resipi bubur cha cha cara orang lama, 5 minit dah siap!

Lead Image

BUBUR cha cha sinonim sebagai hidangan pencuci mulut tradisional yang digemari ramai rakyat Malaysia.

Rasanya lemak manis serta tekstur pelbagai jenis ubi yang lembut menjadikan ia hidangan mengenyangkan. 

Bubur cha cha juga sering dihidangkan dalam majlis keluarga, kenduri perkahwinan dan doa selamat.

Cara penyediaan bubur cha cha mudah dan boleh disiapkan dalam dalam tempoh 5 minit.

Sebenarnya cara penyediaannya mudah sahaja dan tidak memerlukan masa lama, malah bahan-bahannya juga mudah didapati. 

Memang tak hairanlah bubur cha cha menjadi pilihan ramai sebagai pencuci mulut ringkas tetapi lazat.

Ini kuali kongsikan cara penyediaan bubur cha cha mudah;

MENARIK DIBACA: Cara buat pulut tetal rupanya tak susah, cicah dengan kaya pandan memang sedap!

MENARIK DIBACA: Ada cara hilangkan bau hamis otak lembu, paling sedap dibuat gulai

Bahan-bahan

  • Ubi keledek atau keladi
  • Santan 
  • Gula melaka dan gula pasir 
  • Sagu kecil
  • Daun pandan
  • Garam secukup rasa
  • Cha cha kering atau tepung ubi kayu 
  • Isi jagung 

Cara penyediaan

  1. Rebus dadu ubi keledek dan keladi dalam air bersama daun pandan hingga lembut dan empuk.
  2. Masukkan santan, gula melaka, gula pasir, garam dan isi jagung (jika ada) ke dalam periuk rebusan ubi. 
  3. Masak dengan api sederhana, kacau sentiasa agar santan tidak pecah.
  4. Rebus sagu secara berasingan hingga kembang, toskan serta bilas air sejuk untuk elak melekat.
  5. Campur tepung ubi kayu dengan air untuk buat doh, warnakan dengan pewarna makanan, bulat-bulatkan dan rebus hingga timbul kemudian toskan.
  6. Masukkan sagu yang sudah direbus dan cha cha (sama ada kering atau bebola tepung) ke dalam kuah santan. 
  7. Masak sebentar hingga kuah sedikit pekat.
  8. Tutup api. Hidangkan bubur cha cha panas atau sejuk mengikut kesukaan. 
bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Resipi Tradisi

Masak bubur jagung paling mudah, ada ‘trik’ nak bagi lagi sedap

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Resipi Tradisi

Bukan saja sedap dimasak lemak, cef kongsi resipi siput gondang goreng kunyit

Terhangat