KUALI | Resipi Tradisi

Masak bubur jagung paling mudah, ada ‘trik’ nak bagi lagi sedap

Lead Image

TAK perlu susah-susah sediakan pencuci mulut rumit semata-mata untuk memikat hati anak-anak.

Bubur Jagung Bersagu berkrim ini pun sudah cukup untuk buat seisi keluarga bertambah makan!

Menerusi perkongsian resipi @thecookwife di Instagram, sajian bubur klasik ini mudah dan cepat disediakan, sesuai untuk semua peringkat umur.

Tapi ada rahsia untuk membuatkan masakan anda lebih sedap iaitu mencampurkan dua jenis jagung iaitu kernel dan jagung berkrim yang memang buat bertambah sedap. 

Kombinasi jagung manis, santan berlemak, dan sagu kenyal menjadikan setiap suapan penuh senyuman.

Didih bahan perlahan-lahan pada api sederhana.

Bahan-bahan

  • 2 tin kernel jagung
  • 2-3 helai daun pandan
  • 2 ketul gula melaka
  • 2 kotak kecil santan kelapa
  • 2 tin jagung berkrim
  • 90g sagu (dah direbus)
  • 1-2 cawan air
  • 1 sudu kecil garam

Cara penyediaan

  1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk.
  2. Masak atas api perlahan sehingga mendidih.
  3. Tambah air jika mahu bubur lebih berkuah, kemudian masukkan garam.
  4. Kacau perlahan-lahan supaya bubur tidak hangit dan sebati.
  5. Bila bubur dah mendidih dan pekat, tutup api.
  6. Hidangkan panas atau sejuk mengikut citarasa.
bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Resipi Tradisi

Resipi nasi ayam Hainan paling mudah! Sedap tak kalah macam makan dekat kedai

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Resipi Tradisi

Mudah dan sedap... Ini resipi bubur cha cha cara orang lama, 5 minit dah siap!

Terhangat