Resipi nasi ayam Hainan paling mudah! Sedap tak kalah macam makan dekat kedai
SIAPA sahaja tidak menggemari nasi ayam Hainan, hidangan ikonik yang sentiasa menjadi pilihan utama pencinta makanan Cina.
Hidangan klasik ini hadir sebagai menu lengkap dengan ayam rebus wangi yang dimasak sempurna menjadikannya pilihan ramai sepanjang masa.
Nasinya dimasak menggunakan air rebusan ayam bersama gabungan halia dan daun bawang menghasilkan aroma harum serta rasa cukup menyelerakan.

Ayam pula direbus sehingga lembut dan berjus lalu disajikan bersama sos cili pedas manis yang menaikkan lagi selera.
Lebih istimewa, perahan limau nipis memberikan sentuhan segar yang mengimbangi rasa keseluruhan hidangan.
MENARIK DIBACA: Cara buat pulut tetal rupanya tak susah, cicah dengan kaya pandan memang sedap!
MENARIK DIBACA: Mudah dan sedap... Ini resipi bubur cha cha cara orang lama, 5 minit dah siap!
Walaupun kelihatan ringkas, nasi ayam Hainan sebenarnya kaya dengan aroma dan rasa yang memikat.
Maka tak hairanlah hidangan ini sering menjadi pilihan ramai.
Bahan-Bahan
- 1 ekor ayam
- 5 ulas bawang putih
- 3 inci halia
- 2 batang daun bawang
- Garam secukup rasa
- 2 cawan beras
- 2 sudu besar minyak
- 2 cawan air rebusan ayam
- 3 sudu besar sos cili
- 1 sudu besar kicap manis
- 1 sudu teh gula
- Sedikit air limau nipis
Cara penyediaan
- Masukkan ayam, bawang putih, halia dan daun bawang ke dalam periuk.
- Tambah air secukupnya untuk menutupi ayam. Rebus dengan api sederhana selama 30–40 minit sehingga ayam empuk.
- Angkat ayam dan rendam sekejap dalam air ais untuk kulit lebih licin.
- Panaskan minyak, tumis bawang putih dan halia sehingga wangi.
- Masukkan beras, kacau rata dan tambah 2 cawan air rebusan ayam. Masak nasi seperti biasa.
- Sediakan sos: campur sos cili, kicap manis, gula dan air limau nipis. Sesuaikan rasa mengikut citarasa.
- Potong ayam dan susun di atas pinggan, hidangkan bersama nasi Hainan panas, sos cili dan sedikit kicap. Kuah rebusan ayam juga boleh dijadikan sup pelengkap.