KUALI | Trending

Praktikal tetapi berisiko, penyelidik temukan kandungan toksik dalam serbuk protein

Lead Image

SERBUK protein kini menjadi sebahagian daripada gaya hidup moden, khususnya bagi mereka yang sibuk namun tetap ingin menjaga pemakanan. 

Sama ada dicampur bersama susu atau dijadikan sebagai smoothie, pengambilan makanan tambahan ini dianggap praktikal dan ringkas. 

Namun, di sebalik kemudahannya sebagai sumber protein segera timbul kebimbangan baharu apabila pakar kesihatan mendedahkan kemungkinan kandungan bahan toksik tersembunyi dalam produk popular ini.

Serbuk protein pilihan ringkas untuk bekalan tenaga.

Menurut laporan Harvard Health Publishing, satu sudu serbuk protein berpotensi mengandungi logam berat berbahaya seperti plumbum, arsenik, kadmium dan merkuri. 

Pendedahan kepada bahan toksik ini, walaupun dalam kuantiti kecil, boleh memberi kesan buruk jika diambil secara berterusan dalam jangka masa panjang.

Kajian bebas dilakukan terhadap ratusan produk serbuk protein di pasaran mendapati sebahagian daripadanya mengandungi tahap logam berat melebihi had keselamatan tertentu. 

MENARIK DIBACA: Kongsi resipi masakan Cina versi halal, percubaan Jia Le Woh erat perpaduan melalui makanan berjaya

MENARIK DIBACA: Cinta The Rock Chilli Queen terhadap habanero tetap membara

Logam seperti plumbum dan arsenik diketahui boleh menjejaskan sistem saraf dan buah pinggang.

Walaupun kesan daripada satu hidangan mungkin tidak ketara, pengambilan serbuk protein setiap hari boleh meningkatkan risiko pengumpulan logam berat dalam badan. 

Keadaan ini lebih membimbangkan bagi kanak-kanak, wanita hamil serta individu menjadikan serbuk protein sebagai sumber utama protein harian mereka.

Harvard Health turut menegaskan bahawa label pada produk suplemen tidak semestinya mencerminkan kandungan sebenar di dalamnya. 

Amalan pengambilan serbuk protein boleh mengundang risiko pada kesihatan.

Pakar pemakanan menyarankan agar pengguna tidak terlalu bergantung kepada serbuk protein. 

Sebaliknya, pengamal gaya hidup sihat mahupun atlet mengutamakan sumber protein semula jadi seperti ikan, ayam, telur, kekacang dan produk tenusu. 

Kesedaran pengguna terhadap apa yang diambil setiap hari perlu diberi perhatian, terutamanya apabila melibatkan produk diambil secara berulang dan jangka panjang.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Trending

“Saya Tak Halalkan!” - Bayar RM17.90 tapi sayur lagi banyak dari sotong, netizen samakan macam getah rambut

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Trending

Niat mahu ‘menggaji’ isteri bawa berkat, Kopi Saigon kini ada 200 cawangan di seluruh negara

Terhangat