KUALI | Trending

Dua tahun buat eksperimen tapak, peniaga dedah realiti mengejutkan bisnes bazar Ramadan

Lead Image

DALAM dunia perniagaan bazar Ramadan, strategi dan lokasi sering dianggap penentu utama jumlah jualan. 

Ada yang sanggup beratur awal demi mendapatkan tapak ‘panas’, malah tak kurang juga 'bereksperimen' demi mencari formula terbaik dalam memikat hati pelanggan.

Perkara sama dilakukan seorang peniaga, Hani Syafiqa yang berkongsi pengalaman berniaga di bazar pada tahun ini. 

Kongsi peniaga roti john ini, dia dan pasukan menukar strategi mengambil keputusan untuk memohon dua tapak secara bersebelahan di bazar agar kelihatan besar.

Roti John antara juadah mendapat sambutan.

"Tahun lepas saya mohon dua tapak dan jual benda sama. Tapi satu tapak saya letak depan pintu masuk bazar, satu lagi di tengah-tengah bazar. 

"Tahun ini saya cuba pendekatan berbeza. Dua tapak bazar diletakkan bersebelahan supaya gerai kelihatan lebih besar dan menonjol. 

"Harapannya, saiz gerai ‘standout’ dapat tarik lebih ramai pelanggan singgah. Tapi cuba teka strategi mana lebih baik?" tulis wanita itu. 

MENARIK DIBACA: Suami jangan tahu mengarah jer! Guna cara halus ini, isteri memang ‘auto’ rajin ke dapur

MENARIK DIBACA: [V] Wanita terberanak dalam kereta ketika makan kurma, rupanya ramai ibu makan tamar nak mudah bersalin

Menerusi ruangan komen, peniaga juga pengasas bersama kedai MAKANLAH itu mendedahkan satu perkara mengejutkan apabila jumlah jualan keseluruhan bagi gabungan dua tapak sama seperti hanya dia membuka satu tapak pada 2025.

“Bila gabung hasil jualan sama macam saya buka satu tapak je. Keuntungan menurun separuh,” kongsinya. 

Setiap kali Ramadan, bazar menerima kunjungan pembeli mencari juadah berbuka puasa.

Peniaga itu berkata, pada awalnya dia menyangka strategi dua tapak bersebelahan mampu menggandakan keuntungan namun realitinya tidak sama sekali sedangkan kos sewa dan tenaga kerja meningkat. 

"Tahun lepas tapak bazar ditentukan menerusi undian tapi tahun ni penganjur guna konsep siapa cepat dia dapat.

"Jadi saya pun fikir nak ubah strategi perniagaan tapi lain pula jadinya," luahnya. 

Perkongsian itu mencuri perhatian warga maya lebih-lebih lagi dalam kalangan peniaga yang mana mereka turut berkongsi pengalaman masing-masing di ruangan komen. 

Wanita ini kongsi pengalaman berniaga bazar Ramadan.

"Saya pernah buat. Dekat lokasi saya, tapak digabungkan sekali lebih bagus. Pendapatan pun 'kaw kaw'. Tapi barang mamang kena pastikan penuh. Awak punya mana lagi bagus?

"Saya baru dua tahun dalam perniagaan bazar tapi saya nampak 'permainan' bazar bila 'pecah' (asing tapak) jualan lebih 'boom' dari fokus satu tempat. Kali pertama masuk bazar saya ambil empat tapak berasingan. Tahun ni fokus dua dan paling penting jual benda berbeza. 

"Ya, dalam satu bazar saya dapat tiga tapak berbeza dan Alhamdulillah jualan memberangsangkan. Pekerja pun bersaing untuk dapat jualan paling tinggi.

"Kalau bazar, baik ada dua tapak. Satu di pintu masuk untuk umpan bakal pelanggan, tapak di tengah bazar supaya pelanggan beli di situ," antara komen netizen. 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Trending

Ambil iktibar kisah 3 individu mengalah, serah makanan iftar kepada sekeluarga lewat tiba di masjid

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Trending

Lelaki dimaki di bazar, bapa bengang sebab belanja dua anaknya ayam bakar

Terhangat