KUALI | Trending

Senarai restoran tawar aneka sajian Melayu dengan suasana kampung ala Rembayung

Lead Image

BUAT warga kota yang sentiasa sibuk dengan rutin harian, berbuka puasa di luar memang tidak boleh dielakkan.

Selain mudah, pelbagai promosi menarik dan diskaun yang ditawarkan oleh banyak restoran membuatkan pelanggan merasakan peluang ini tidak boleh ditolak.

Walaupun terdapat banyak jenis restoran yang menawarkan aneka konsep makanan, kebiasaannya masakan kampung juga menjadi pilihan utama untuk iftar, apatah lagi jika ingin membawa ibu bapa dan keluarga besar. 

Seperti mana pengguna Threads, Elly Nadia, dia bertanyakan warganet tentang cadangan restoran untuk berbuka puasa ala Cili Kampung dan Rembayung yang begitu popular dengan suasana makan dan hidangan kampung. 

Banyak restoran sekitar Lembah Klang tawar promosi berbuka dengan harga mesra poket.

Jawapan diterima adalah luar jangkaan dengan ramai memberikan pelbagai cadangan restoran dengan suasana makan ala kampung berserta hidangan Melayu .

MENARIK DIBACA: Lelaki naik hantu dapat tahu 'sisi gelap' daging cincang 'frozen', lebih rela bersusah buat sendiri

MENARIK DIBACA: Resipi nasi ayam bawang putih, campak semua bahan dalam 'rice cooker' siap satu sajian lengkap

Manjakan diri dengan gabungan sempurna antara pencuci mulut klasik dan moden.

Berikut disertakan senarai restoran masakan Melayu di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor yang dicadangkan warganet.

Golek-Golek Suasana Kampung

Rembayung

Cili Kampung

Peria

Roomah Restaurant

Cloves Restaurant and Cafe

Banglo 289

Hidang KL

Kampunglah

Nikmati hidangan istimewa dalam suasana restoran yang selesa dan tenang.

Restoran Rebung Chef Ismail

Rumah Makan Nasi Kampung

Lado

White and Black Heritage

Keju Kampung

Cafe Cabai Burung

Rasakan keenakan hidangan lokal disajikan dengan penuh cita rasa untuk berbuka puasa.

Irama Signature

Irama Dining KL

Saprah KL

Cili Restaurant

Restoran Dulang Tokwan

Sajian Nenda

meriah by Serai Group

Kesimpulannya, dalam memilih restoran berbuka puasa, pastikan untuk mempertimbangkan faktor seperti lokasi, harga, suasana dan kemudahan lain seperti tandas serta surau.

Ramadan adalah masa tepat untuk menikmati hidangan bersama keluarga dan berbuka di luar boleh menjadi satu pengalaman cukup bermakna.

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Trending

Bang Mat saran tanam nanas jika ada ruang kosong, tak perlu tunggu tanah luas

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Trending

Shafiq Cute layan isteri hamil bak permaisuri, siapkan aneka lauk 'frozen' untuk berbuka sepanjang Ramadan

Terhangat