KUALI | Resipi Moden

Nasi ayam bawang putih, campak semua bahan dalam 'rice cooker' siap satu sajian lengkap

Lead Image

KALAU malas nak kemas pinggan mangkuk lepas memasak, menu nasi ayam ini memang sesuai untuk anda. 

Tak perlukan banyak periuk belanga, dapur pun tak bersepah atau penuh kotoran, guna satu periuk nasi pun sudah cukup untuk dapat satu menu lengkap.

Nasi ayam bawang putih ini bukan sahaja sedap, malah sesuai disediakan lebih-lebih lagi untuk golongan ibu yang sibuk atau orang bujang. 

Resipi ringkas ini dikongsi oleh @Naufalhkme menerusi laman TikTok, dan menariknya semua bahan hanya dimasak terus di dalam 'rice cooker'.

Dari segi rasa, ayamnya lembut dan 'juicy' manakala nasi pula bau semerbak aroma bawang putih dan mentega, menjadikan setiap suapan penuh rasa.

Ayamnya lembut dan juicy kaya dengan rasa perapan.

Jom Kuali kongsikan resipinya:

Bahan-bahan

  • 2 ketul dada atau paha ayam
  • Sos tiram
  • Kicap manis
  • Minyak bijan
  • Lada hitam
  • Stok ayam
  • Garam
  • Bawang putih (dicincang)
  • Minyak
  • 1 cawan beras
  • Mentega
  • Batang daun bawang

MENARIK DIBACA: Resipi brownies coklat masak dalam kuali... Enak, tekstur hampir sama macam guna 'oven'

MENARIK DIBACA: Ibu bapa sila sorok 3 makanan ini jika tak mahu 'sabotaj' puasa anak! Kalau simpan mesti terguna masa terdesak

Cara Penyediaan

  1. Perap ayam bersama sos tiram, kicap manis, minyak bijan, lada hitam dan sedikit stok ayam. Ketepikan seketika supaya perapan meresap.
  2. Panaskan minyak, kemudian tumis bawang putih hingga kekuningan dan naik bau. Angkat dan simpan bersama minyak (garlic oil).
  3. Di dalam periuk nasi, masukkan beras yang telah dibasuh, satu sudu mentega, 'garlic oil', batang daun bawang, lada hitam dan garam secukup rasa.
  4. Susun ayam yang telah diperap di atas beras. Tambahkan baki stok ayam jika perlu.
  5. Masak seperti biasa menggunakan 'rice cooker' sehingga nasi masak dan ayam empuk.
  6. Hidangkan nasi bersama ayam, kemudian siram sedikit 'garlic oil' dan tabur daun bawang sebagai hiasan.
bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Resipi Moden

Kombinasi 3 rasa sempurnakan keenakan udang masak masam manis, pedas

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Resipi Moden

Siakap stim lemon enak dan menyihatkan, bantu individu sedang diet kurus sebelum raya

Terhangat