KUALI | Resipi Moden
Kombinasi 3 rasa sempurnakan keenakan udang masak masam manis, pedas
BAGI penggemar makanan laut, hidangan udang masak masam manis ini pasti akan menggugat selera anda.
Tambah menyelerakan apabila sajian ini dimasak dengan sos kombinasi antara rasa masam, manis dan pedas.
Juadah istimewa ini bukan sahaja mudah nak buat dan enak, tetapi cukup menyelerakan untuk dinikmati ketika berbuka puasa atau sahur.

Bahan-bahan
- 1kg udang
- 5 sudu besar cili kisar
- 1 sudu kecil serbuk kunyit
- 6 ulas bawang putih
- 2 biji bawang holland
- 3 tangkai cili merah
- 3 tangkai cili padi hijau
- 2 biji tomato
- 10 batang kacang panjang
- 1 sudu kecil gula
- 1 sudu kecil sos ikan
- 3 sudu air limau nipis
- 4 sudu besar sos tiram
- 6 sudu besar sos cili
- 6 sudu besar sos tomato
MENARIK DIBACA: [V] Wanita ini makan probiotik 'diternak' sendiri, peram teh untuk dapatkan 'scoby'
MENARIK DIBACA: Ambil iktibar kisah 3 individu mengalah, serah makanan iftar kepada sekeluarga lewat tiba di masjid
Langkah penyediaan
- Lumur udang bersama sedikit cili kisar, serbuk kunyit dan garam secukup rasa, kemudian gaul sehingga sekata.
- Panaskan minyak dan goreng udang separuh masak sahaja. Jangan goreng sehingga udang garing kerana isi akan menjadi liat.
- Guna kuali yang sama, tumiskan bawang putih dan lebihan cili kisar kemudian gaul sebati sehingga pecah minyak.
- Masukkan sos cili, sos tomato dan sos tiram lalu kacau sekata.
- Masukkan bawang holland yang telah dipotong bulat bersama cili merah, cili hijau, tomato, kacang panjang.
- Perasakan dengan garam, gula, sos ikan dan perah sebiji buah limau nipis.
- Gaul sehingga rata dan biarkan seketika selama beberapa minit.
- Siap dan sedia untuk dihidangkan.