[V] Dodol moden Upin Ipin raih perhatian, manisan unik 'pink' buah naga
DODOL sering menjadi hidangan klasik dalam majlis masyarakat Melayu, termasuklah ketika menyambut Aidilfitri.
Teksturnya kenyal dan rasa manis lemak menyebabkan hidangan tradsional ini menjadi kegemaran ramai tanpa mengira usia.
Keistimewaan dodol, ia perlu dimasak lama serta memerlukan tenaga untuk mengacaunya tanpa henti.
Namun kini terdapat pelbagai versi moden yang lebih mudah disediakan di rumah.

Seperti dodol berwarna merah jambu diinspirasikan daripada watak animasi popular, Upin & Ipin dikongsikan oleh lelaki dikenali sebagai Akal di Threads.
Warna ceria dodol turut memberi rasa segar pada manisan itu selain sesuai dijadikan hidangan istimewa untuk keluarga atau tetamu.
Bahan-bahan
- 1 biji buah naga
- Sedikit air (untuk mengisar)
- 5 sudu besar tepung pulut
- 5 sudu besar tepung beras
- 10 sudu besar gula putih
- 200ml santan
- 1 sudu kecil garam
- 1 helai daun pandan
- Sedikit minyak kelapa
MENARIK DIBACA: Resipi brownies coklat masak dalam kuali... Enak, tekstur hampir sama macam guna 'oven'
MENARIK DIBACA: Ibu bapa sila sorok 3 makanan ini jika tak mahu 'sabotaj' puasa anak! Kalau simpan mesti terguna masa terdesak
Langkah penyediaan
- Potong buah naga dan kisar bersama sedikit air sehingga halus untuk dijadikan jus.
- Tuang ke dalam mangkuk kemudian campur tepung pulut, tepung beras dan gula putih lalu gaul sehingga sebati.
- Dalam kuali yang panas, tuang santan bersama garam dan daun pandan.
- Masukkan campuran jus buah naga tadi ke dalam kuali.
- Kacau sehingga adunan menjadi sebati dan pekat.
- Biarkan dodol sejuk selama dua jam. Tambahkan sedikit minyak kelapa bagi mengelakkan adunan melekat pada kuali kemudian tuang ke dalam dulang.
- Bungkus dodol menggunakan plastik atau potong mengikut saiz diingini selepas sejuk.
- Simpan dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.