KUALI | Trending

Lelaki naik hantu dapat tahu 'sisi gelap' daging cincang 'frozen', lebih rela bersusah buat sendiri

Lead Image

MUNGKIN ramai yang belum tahu kebanyakan makanan sejuk beku atau 'frozen' termasuk daging cincang sebenarnya bukan diperbuat daripada 100 peratus daging segar yang diproses.

Bagaimanapun, dengan bungkusan kemas dan tambahan beberapa bahan lain oleh pengeluar, produk 'frozen' berasaskan daging yang dijual ini nampak menyakinkan dan berkualiti.

Di Threads, seorang lelaki meluahkan rasa kecewa apabila merasakan dirinya selama ini seolah-olah tertipu apabila membeli daging cincang sejuk beku.

Luahan seorang pengguna Threads apabila berasa ditipu gara-gara produk daging cincang sejuk beku.

Lelaki tersebut memberitahu, daging cincang sejuk beku yang dibeli telah berbau dan berair.

"Serius aku baru sedar selama ni aku kena tipu hidup-hidup dengan daging cincang 'frozen'.

"Hari tu aku 'defrost' (cairkan) satu paket (daging cincang beku).

"Buka plastik berbau pelik, air merah menitik macam paip bocor, daging lembik macam simen cair," luahnya.

Rakannya yang berada dalam industri makanan mendedahkan bahan sebenar yang digunakan untuk membuat daging cincang sejuk beku.

Tidak berpuas hati, dia bertanyakan tentang perkara ini kepada seorang kenalannya yang bekerja dalam industri makanan.

Dia terkejut apabila rakan memintanya supaya tidak mudah percaya tentang bahan-bahan yang diproses untuk menghasilkan produk makanan sejuk beku.

Rakannya mendakwa, ada produk daging kisar menggunakan 'bahan buangan' yang tidak laku dijual dan diproses untuk dijadikan daging kisar.

MENARIK DIBACA: Niat beli sikit, akhirnya penuh troli! Cuba teknik 5-4-3-2-1 elak 'lari' bajet ketika 'shopping'

MENARIK DIBACA: 5 jenis buah dan sayur paling sesuai untuk pesakit buah pinggang, diabetes

"Jangan percaya sangat. Diaorang kisar apa yang sempat masuk mesin.

"Macam sisa potong, lemak tebal, urat dan bahagian yang tidak ada pembeli.

"Semua campur. Kalau kasar sikit, diaorang campur air untuk bagi berat," jelas rakannya.

Pengguna Threads tersebut mendakwa daging cincang sejuk beku yang dibeli berbau dan berair.

Lebih membuatkan lelaki tersebut marah apabila rakannya memberitahu, produk daging kisar beku yang dijual itu tidak lagi mempunyai nutrisi, lebih-lebih lagi selepas dibekukan dalam tempoh terlalu lama.

Malah jika daging cincang beku itu dicairkan dan dibekukan semula, ia boleh mendatangkan risiko bakteria yang boleh menjejaskan kesihatan.

"Kalau dah 'frozen' lama, nutrisi pun hilang.

"Kalau pernah dicairkan dan dibekukan semula, bakteria boleh membiak macam 'hantu raya'," jelasnya.

Enggan merisikokan diri dan anaknya, pengguna Threads itu sanggup membeli daging segar dan memproses sendiri daging cincang.

Selepas mengetahui bahan sebenar yang digunakan dalam produk daging cincang, lelaki tersebut memberitahu dia kini lebih memilih untuk membuat daging cincang sendiri menggunakan daging segar.

"Sekarang aku beli daging segar, balik rumah cincang sendiri.

"Tak payah fikir dah apa diaorang campur.

"Tak payah risau anak sakit perut," katanya.

ALTERNATIF

Selain menghasilkan sendiri daging cincang, pengguna juga boleh membeli daging cincang segar, berkualiti tinggi dan dijamin halal yang banyak dijual di pasaran.

Anggaran harganya sekitar RM40 sekilogram bagi 100 peratus daging lembu segar tempatan.

Daging segar biasanya berwarna merah cerah, tidak berbau busuk, tiada pengawet dan diproses dengan tahap kebersihan tinggi.

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Trending

Ramai teruja lihat promosi pek kombo, ada kes bila dikira semula lebih murah beli satu unit

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Trending

Kurang rasa haus ketika puasa, betul ke garam celtic ada magis? Ini fakta anda perlu tahu

Terhangat