Ramai teruja lihat promosi pek kombo, ada kes bila dikira semula lebih murah beli satu unit
SIAPA tidak teruja dengan sesuatu produk yang dijual pada harga yang didakwa lebih rendah dan menjimatkan.
Selain diberikan potongan harga, ada sesetengah produk dijual dengan cara pek kombo yang dikatakan lebih murah berbanding jika dibeli satu atau secara berasingan.
Rata-rata pengguna akan percaya dengan promosi sebegitu kerana yakin pembelian pek kombo lebih berbaloi apatah lagi jika promosi itu melibatkan barang keperluan.

Namun, pempengaruh@Mummy Liz menasihatkan orang ramai supaya menjadi pembeli bijak dan tidak mudah percaya dengan promosi sebegitu.
"Saya bukan nak aibkan sesiapa, tapi bab berbelanja orang ramai akan nampak pek nilai (kombo) berharga lebih murah," ujarnya.
Menerusi video yang dikongsikan dalam Instagram miliknya, Mrs Malaysia Universe 2023 itu telah membuat perbandingan harga produk makanan dalam tin yang dijual secara pek kombo dengan harga untuk satutin.
Dia menunjukkan harga pek kombo untuk tiga tin produk makanan dengan berat 300 gram setiap satu itu dijual pada harga RM14.90.
MENARIK DIBACA: Lelaki naik hantu dapat tahu 'sisi gelap' daging cincang 'frozen', lebih rela bersusah buat sendiri
MENARIK DIBACA: Resipi nasi ayam bawang putih, campak semua bahan dalam 'rice cooker' siap satu sajian lengkap
Apabila dibahagi kepada tiga, nilai untuk satu tinberharga RM4.97.
Manakala untuk produk dengan berat sama yang dijual berasingan (satu tin) pula dijual pada harga RM4.68 sen dan jika dibeli tiga tin jumlahnya adalah RM14.04.
"Jadi kalau beli tiga tin, harganya baru RM14.04, berbanding pek kombo (tiga tin) yang berharga RM14.90.
"Terdapat perbezaan sebanyak RM0.86," katanya.

Perkongsian Mummy Liz mendapat perhatian pengikutnya apabila rata-rata bersetuju supaya setiap penggunabijak ketika berbelanja dengan membuat perbandingan harga.
"Betul, saya selalu bandingkan harga macam ni. Sebab itu orang perempuan lambat ketika belanja.
"Pengguna kena bijak dan jangan mudah terpengaruh dengan harga runtuh," demikian antara komen netizen.
