Cara wanita ini ajar cara buat donat 'step by step' dipuji, ramai teruja nak cuba - "Bagusnya bagi resipi detail"
ALANGKAH nikmatnya jika dapat menggigit seketul donat yang gebu dan lembut.
Kalau sebelum ini anda asyik gagal menghasilkan donat dengan tekstur lembut, apa kata cuba resipi yang dikongsikan oleh wanita dikenali sebagai Shierra.
Memang mudah, cepat dan ‘confirm’ menjadi!
Tidak perlu teknik yang rumit atau bahan yang ‘renyah’, resipi ini sangat sesuai untuk mereka yang baru nak belajar membuat doh sendiri di rumah.
Shierra juga dipuji kerana tidak lokek berkongsi langkah demi langkah cara membuat doh yang akhirnya menghasilkan donat lembut, gebu dan cantik.
"Bagusnya awak bagi resipi 'detail' betul, terima kasih. Ada orang simpan takut orang tiru.
"Terbaikla resipi akak ni sebab dia tunjuk sudu apa dia pakai. Untuk orang 'noob' macam aku bila bagi sukatan sudu besar, sudu kecil atau cawan, kalau tak ada gambar memang aku 'give up' nak cuba.
"Bagusnya awak ni, baik hati bagi resipi dengan gambar sekali bagi orang lain faham. Semoga diluaskan rezeki awak dan sentiasa sihat sebab kongsi resipi macam ni," antara komen netizen.

Bahan-bahan:
- 1kg tepung gandum
- 1 sudu kecil serbuk penaik
- 1 paket mauripan yis
- 1/2 sudu kecil baking soda
- 2 sudu besar gula
- 1 sudu kecil garam
- 2 sudu besar susu pekat
- 2 sudu besar mentega/marjerin
- 1 1/2 cawan air suam
MENARIK DIBACA: Risau ibadat tak sah, wanita bawa baldi ke pasar elak najis bahan basah - "Duit baki pun boleh kena darah"
MENARIK DIBACA: Wanita mengaku malas masak, cuma beri anak bijirin! Lebih jaga perut sendiri dan suami - "Sedihnya ada mak macam tu"
Cara penyediaan:
- Masukkan tepung gandum, yis (mauripan), gula, mentega atau marjerin, garam, susu pekat, serbuk penaik dan baking soda ke dalam bekas.
- Gaulkan semua bahan sehingga menjadi seperti serbuk roti.
- Kemudian masukkan air suam kira-kira 1 1/2 cawan dan uli sehingga menjadi doh selama lebih kurang 5 hingga 10 minit.
- Seterusnya, tutup doh dengan plastik atau kain bersih dan biarkan selama satu jam sehingga doh naik dan mengembang.
- Tumbuk doh untuk mengeluarkan angin, kemudian uli semula hingga teksturnya menjadi rata.
- Selepas itu, ambil doh dan canai atau bentukkan mengikut saiz yang dikehendaki. Biarkan selama 5 minit sebelum digoreng.
- Goreng dengan api sederhana, toskan, kemudian salut dengan gula halus.