info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Manisan

Mudah sangat buat jeli kelapa muda... Lebih segar, terasa keaslian berbanding beli di kedai

Lead Image

KALAU tekak teringin nak makan sesuatu yang ringan, menyegarkan dan tak terlalu manis, pencuci mulut berasaskan jeli memang pilihan tepat. 

Sajian pencuci mulut ini sangat mudah dibuat di rumah dan salah satu daripadanya aalah jeli kelapa muda. 

Bayangkan teksturnya yang lembut dan sejuk apabila dikeluarkan dari peti sejuk, pasti membuatkan setiap suapan memberikan rasa segar tak terkata.

Jeli dengan aroma kelapa muda semula jadi bersama rasa manis asli cukup enak digabungkan dengan isi kelapa.

Lebih-lebih lagi jika dimakan sewaktu cuaca panas terik atau selepas penat bekerja, memang terasa 'fresh'.

Jom Kuali kongsikan cara penyediaan:

Rasa manis asli cukup enak digabungkan dengan isi kelapa yang lembut dan kenyal.

Bahan-bahan:

  • 1 paket serbuk agar-agar (10gm)
  • 2.6 liter air kelapa muda (3 biji kelapa)
  • Isi kelapa muda 
  • 11 sudu besar gula 
  • 3 helai daun pandan 

MENARIK DIBACA: Jangan langgar pantang larang ini masa goreng bendi! Barulah tak lembik, berlendir

MENARIK DIBACA: Cara betul cuci botol susu bayi tanpa guna sterilizer, tak cukup basuh guna sabun je!

Cara penyediaan:

  1. Masukkan air kelapa ke dalam periuk dan panaskan dengan api sederhana.
  2. Masukkan serbuk agar-agar dan kacau hingga larut sepenuhnya.
  3. Tambahkan gula dan kacau sampai sebati.
  4. Jika guna daun pandan, ikat dan masukkan sekali untuk naikkan aroma wangi.
  5. Bila semua bahan dah larut, masukkan isi kelapa muda dan kacau perlahan.
  6. Tutup api dan tuang ke dalam acuan atau bekas pilihan.
  7. Biarkan sejuk pada suhu bilik sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk.
  8. Sejukkan beberapa jam hingga mengeras, kemudian sedia untuk dinikmati!
bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Manisan

Cara buat mufin tanpa tepung, masak dalam 'air fryer'... Tekstur, rasa tetap sempurna

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Manisan

Cara wanita ini ajar cara buat donat 'step by step' dipuji, ramai teruja nak cuba - "Bagusnya bagi resipi detail"

Terhangat