info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Manisan

Cara buat mufin tanpa tepung, masak dalam 'air fryer'... Tekstur, rasa tetap sempurna

Lead Image

SESIAPA yang gemar mencuba resipi baharu di rumah pasti tahu mengenai nikmat dan kepuasan apabila sajian yang dimasak menjadi!

Jika cuba memuat sendiri mufin, hasil sempurna yang kita bayangkan semestinya kek kecil yang gebu, lembut dan sedikit merekah di bahagian atas. 

Bagaimanapun, resipi yang dikongsi ini sedikit berbeza kerana lebih ringkas, lebih sihat dan tidak menggunakan tepung seperti mufin biasa.

Jangan risau, hasilnya tetap memuaskan!

Resipi yang dikongsi oleh seorang wanita, rachunyou ini sesuai untuk dijadikan sarapan ringan, snek petang atau pada bila-bila masa anda mahukan sesuatu yang manis tetapi tidak terlalu berat.

Berikut cara-cara membuatnya:

Pencuci mulut mufin sesuai untuk dijadikan sarapan ringan mahupun snek petang.

Bahan-bahan:

  • 200ml yogurt atau susu kultur 'plain'
  • 1 biji telur
  • Oat secukupnya
  • Buah blueberry

MENARIK DIBACA: Tak hormat makanan! Tindakan wanita heret kaki lembu korban, lapah dalam tandas dianggap jijik

MENARIK DIBACA:  Ramai sangka susu ibu lengkap nutrisi, doktor dedah rupanya rendah satu nutrien penting

Cara penyediaan:

  1. Dalam mangkuk, campurkan yogurt bersama telur dan kacau hingga sebati.
  2. Masukkan oat sedikit demi sedikit dan gaul sehingga adunan menjadi agak pekat.
  3. Tuangkan adunan ke dalam bekas kecil atau acuan, kemudian letakkan blueberry di atasnya.
  4. Bakar menggunakan 'air fryer' pada suhu 110°C selama 20 minit.
  5. Selepas itu, tingkatkan suhu kepada 170°C dan sambung bakar selama 10 minit sehingga permukaan bertukar perang keemasan.
  6. Siap untuk dihidangkan.
bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Manisan

Mudah je buat cucur labu lembut di dalam, rangup di luar! Sekali makan susah nak berhenti

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Manisan

Mudah sangat buat jeli kelapa muda... Lebih segar, terasa keaslian berbanding beli di kedai

Terhangat