info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Manisan

Mudah je buat cucur labu lembut di dalam, rangup di luar! Sekali makan susah nak berhenti

Lead Image

LABU bukan sahaja terkenal kerana rasanya yang manis semula jadi, malah teksturnya yang lembut menjadikan ia antara bahan terbaik untuk menghasilkan kuih serta pencuci mulut.

Anda mungkin juga tak tahu labu sebenarnya boleh diolah menjadi cucur yang enak dan menyelerakan. 

Seorang pengguna Threads bernama ciksenyumm_, berkongsi resipi mudah cucur labu menggunakan bahan-bahan ringkas.

Tampil dengan warna oren keemasan, cucur labu ini sesuai dijadikan hidangan minum petang bersama keluarga.

Bahan-bahan

  • 1/2 biji labu (dibelah dan direbus)
  • 3 sudu tepung gandum
  • 2 sudu tepung beras
  • 1 sudu gula
  • Secubit garam
  • Minyak
  • Air

MENARIK DIBACA: Nasi goreng puaka udang selambak! Makan sekali kenyang tiga hari sebab 'portion' melimpah

MENARIK DIBACA: Aaron Aziz ada prinsip diet sendiri, sarapan pagi dianggap tak begitu penting

Bahan digunakan untuk membuat cucur labu juga mudah dan sedang.

Langkah penyediaan

  1. Sediakan labu yang telah direbus dalam sebuah mangkuk lalu masukkan gula dan garam secukupnya. Lenyek sehingga menjadi puri.
  2. Tambahkan tiga sudu tepung gandum dan dua sudu tepung beras lalu adun bersama air secukupnya. Pastikan adunan tidak terlalu cair atau terlalu pekat.
  3. Panaskan minyak lalu goreng adunan labu tadi berbenrtuk bulat sedikit demi sedikit.
  4. Goreng seketika sehingga berwarna keemasan dan sedikit garing.
  5. Angkas dan toskan sebelum dihidang.
bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Manisan

Guna 3 bahan, siap satu 'desert'! Mudahnya buat kek matcha tanpa tepung dan gula

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Manisan

Cara buat mufin tanpa tepung, masak dalam 'air fryer'... Tekstur, rasa tetap sempurna

Terhangat