KUALI | Video

Nasi goreng puaka udang selambak! Makan sekali kenyang tiga hari sebab 'portion' melimpah

NASI goreng mungkin kedengaran biasa bagi kebanyakkan pembeli lain namun di gerai Ayang, nasi goreng yang ditawarkan ternyata bukan biasa-biasa, lebih-lebih lagi buat pecinta masakan pedas. 

Bukan itu sahaja, selain hidangan dijual memiliki sensasi pedas menggiurkan, Nasi Goreng Puaka itu juga dilimpahi dengan lambakan udang bersaiz sederhana besar yang pastinya memberikan kenikmatan pada setiap suapan.

Jangan terkejut, dengan hidangan sebegitu besar bersama udang yang melimpah ruah, Nasi Goreng Puaka Udang Selambak dijual cuma pada berharga RM13 sahaja!

Lebih mengiurkan apabila penjual tidak lokek menggunakan beras basmati supaya nasi yang digoreng bukan sahaja sedap tetapi juga berderai.

Untuk video penuh tonton di YouTube Kuali.

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok dan Facebook

Video Popular